Nak kurus tu senang je tapi masalahnya...
Aku selalu tertonton 'live' dari pelbagai pengguna TikTok mengenai perubahan hidup mereka dari seorang yang obes ke bentuk badan manusia normal. Macam macam tips mereka kasi dan kebanyakkannya bersaling kait dengan gaya hidup masa lalu.
Termasuk aku !
Sebenarnya nak kurus atau nak dapatkan bentuk badan yang ideal , tak susah. Sangat mudah dan banyak jimat berbanding nak kekalkan bentuk badan yang sedia ada ! Kan ? Hahaha.. Yelah , kalau dah obes.. nak maintain makan tu bukanlah mudah. Banyak kos woo ! Nak makan kena sedap sedap dan manis. Sehari mau 3-5 kali makan. Kan ? Berbanding nak kurus.. kita cuma perlu makan 2 kali je sehari dan banyakkan bergerak.
Cuma masalahnya yang aku perasan la kan.. ramai bila berjaya turunkan berat badan tapi badan mereka kurus kering. Aduh.. tak comel gitu ! Nampak cam sakit jer. Cubalah kasi berotot ala ala KPOP gitu. Tak perlu pun masuk gym. Buat je senaman angkat beban kat rumah. Kalau dapat gi gym pun , lagi bagus.
Atau paling mudah pun.. kasi nampak badan tu serupa badan manusia cergas ! Haaa.. gi hiking ke.. running ke.. tak kisah la apa pun sukan tapi biar nampak badan tu kemas dan smart. Laki perempuan gitu. Baru best.
Paling mudah sebenarnya ialah ABS. Ni nak dapat , sambil layan tv pun boleh buat. Pastu dapatkan pull bar. Haaa.. hari hari buat. Bukan kena beribu set pun. Menda ni kena rajin buat hari hari. Baru dapat dan best. Banyak kelebihan bila berotot ni.
Menguatkan otot badan (strength training atau latihan daya tahan otot) ada banyak kelebihan untuk lelaki dan perempuan. Walaupun struktur hormon dan fizikal berbeza, kedua-duanya boleh dapat manfaat besar. Di bawah ni disenaraikan kelebihan ikut jantina, dan juga yang sama untuk kedua-duanya:
✅ Kelebihan untuk Lelaki:
- Meningkatkan tahap testosteron secara semula jadi - Membantu kekal bertenaga, meningkatkan nafsu seks, dan membina otot.
- Bina bentuk badan lebih tegap dan maskulin - Bahu lebar, dada bidang, lengan dan kaki lebih berotot.
- Kuatkan tulang dan elak kecederaan - Kurang risiko osteoporosis pada usia tua.
- Bantu bakar lemak dengan lebih efektif - Otot aktif bakar kalori walaupun ketika rehat.
✅ Kelebihan untuk Perempuan:
- Bentuk badan lebih firm dan berlekuk semulajadi -Elak badan ‘flabby’, kuatkan lengan, peha, punggung & abdomen.
- Kuatkan lantai pelvis & tulang belakang - Penting untuk wanita selepas bersalin & masa tua.
- Seimbangkan hormon dan bantu kitaran haid - Latihan otot boleh bantu stabilkan hormon estrogen.
- Kurangkan risiko penyakit seperti osteoporosis & PCOS - Latihan berat bantu peredaran darah dan kawal gula.
Apa pandangan korang dan apakah alasan korang , tak da masa nak bersenam ?
0 comments