Rakyat Malaysia malas jaga kebersihan atau tiada kemudahan disediakan ?

by - Isnin, Ogos 26, 2019

Hurm... di Jepun , sukar nak jumpa  tong sampah. Percaya tak ? Yang pernah sampai mesti tau kan ?  Dan rakyat Jepun menyimpan sampah sampah di dalam poket atau beg mereka terlebih dahulu dan membuangnya di rumah atau tong sampah yang berada di kawasan kawasan tertentu. Disiplin begitu kan ?

Di Malaysia ? Sampah dibuang bila takda orang melihatnya. Begitu disiplin sekali , kan ? Alasan mereka , tong sampah tidak disediakan ! Ehhh... boleh pulak gitu yer ? Apa susahnya simpan dulu sampah sampah tu dan kemudiannya buang di tempat tempat yang disediakan... bersepah tong sampah di Malaysia. Antara terjaga atau tidak jer. Heee..

Untuk pengetahuan korang , setiap hari sebanyak 37,000 tan sampah dihasilkan di negara ini. Ini bermakna, kira-kira 13.5 juta tan sampah terhasil setiap tahun!. Jumlah itu sama besar dengan 30,000 buah kapal terbang Airbus A380 yang diletakkan di sebuah kawasan luas. Manakala 1,050 tan beg plastik dihasilkan dalam sehari  dan kita tahu yang plastik mengambil masa 100-500 tahun untuk lupus secara semula jadi !!!


Bayangkan apa akan jadi jika keseluruhan sampah yang terhasil selama setahun itu memenuhi ruang yang kita ada tanpa diurus dengan baik. Bagaimana agaknya kita mahu meneruskan kehidupan dalam keadaan selesa?



Ok... Baru baru ni ada satu kempen kesedaran yang dianjurkan oleh Yayasan Inovasi dengan kerjasama iCYCLE Malaysia dan Pan Pacific South East Asia Women Association ( PPSEAWA ) telah berjaya menganjurkan program JOM RAKYAT MALAYSIA , KITAR SEMULA bersempena sambutan Hari Kebangsaan 2019 bertempat di Rembau. 

Kempen JOM RAKYAT MALAYSIA, KITAR SEMULA sebagai satu platform untuk menggalakkan rakyat Malaysia tak kira tempat dan lokasi  untuk terus mengamalkan kitar semula. Di lokasi pertama ini , iCYCLE Malaysia Sdn Bhd telah memperkenalkan sistem kitar semula berasaskan sistem barcode berserta ganjaran kepada komuniti yang menjalankan kitar semula. Lokasi berikutnya di  Tanjung Malim, Perak, Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, Cyberjaya & Subang Jaya, Selangor.

Pelbagai aktiviti menarik disediakan dan antaranya ialah PLOGATHON (Plog, Run, Win), Chit Chat : Inovasi, Zon Interaktif dan Pencarian Perintis iCYCLE.















Semoga langkah pertama yang diperkanalkan ini akan memberi kesedaran buat kita semua. Jika kempen kesedaran ini tidak mendapat sambutan , rasanya anak cucu kita bakal menghadapi segala masalah yang ditimbulkan oleh tok nenek mereka !

Bayangkan dunia kita begini..



Jom kitar semula ! 



You May Also Like

5 comments

  1. nice kempen macam ni.. hrp Msia segera capai tagline Malaysia Bersih tu.

    BalasPadam
  2. Ya jom kitar semula.. Dasyt keadaan bbilik tu

    BalasPadam
  3. Bagus ajar anak² kita semula ni. Pastu ai selalu ajar anak simpan dulu sampah dalam kereta, jangan buang merata². Jumpa tong sampah baru buang.

    BalasPadam
  4. kat rumah saya, terapkann juga pengasingan sisa pepejal yang bole dikitar semula ni sikit demi sedikit...setiap hari khamis, lori kitar semula akan datang kutip..

    BalasPadam
  5. Malaysia juga terbaik... hehehe.

    BalasPadam