Sony Xperia 1 atau Samsung Galaxy Note 10 ? Pilihan korang ?



Ok... kedua dua ni adalah telefon pintar yang terkini di pasaran. Terbaru sekali ialah Samsung Galaxy Note 10.  Dan aku turut punya 2 lagi model Sony Xperia yang masih sangat ok hingga sekarang. Sangat lasak dan walaupun berkali kali jatuh. Tapi pastikan ada back cover la. Hehehe.. Namun aku tak guna template glass pada Sony Xperia XZ Premium dan juga Sony Xperia XZ2. Ikutkan aku ada lagi 2 model tapi aku dah berikan pada abang ipar aku. Aku tak suka simpan dalam almari. Hehee..

Manakala Samsung Note 9 yang aku guna , belum capai usia setahun tu dah berkali kali aku tukar cover skrin dia. Asyik retak jer. Tak nak pakai, risau calar balar. Risau je la. Sebab aku plan nak exchange dengan Note 10. Hee... plan je la. Tu pun kalau mampu nak bayar. 

Ok.. apa kelebihan kedua dua phone ni? Aku dah compare semalam di Youtube. Sejujurnya aku katakan aku suka kamera pada Sony Mobile. Warnanya asli ! Tidak kelihatan fake pun. Jika diupload ke Instagram , memang akan kelihatan cantik dan natural. Tapi sayangnya, di zaman ni majoriti peminat Instagram suka yang ditokok tambah. Memang boleh guna filter atau aplikasi ke tiga untuk ubah suai gambar tu tapi apa guna dah ? Baik beli telefon yang biasa biasa jer dan guna aplikasi untuk ubah suai.. sama je kan ? 

Bab video , Sony Xperia memang power ! Sound dia , warna dan paparan memang tak dapat dilawan mana mana phone bagi aku. Tapi masalahnya ialah bateri. Selalu bermasalah dengan bateri cepat haus terutama jika kita guna whtsapp di situ ! Fuhhh... Jika korang kaki main game , confirm best Xperia 1 ni ! 

Samsung Note 10.... heheeh.. Ikutkan aku tak nak compare dengan Note 10 sebab aku memang akan pilih yang ni hanya sebab dia ada S PEN ! Perfect ! Sempurna !!! Dan kena lak sekarang camera depan dia siap boleh buat bokeh termasuk sekali dengan video ! Giler gempak cuma itu dalam Youtube je la. Aku tak tengok lagi depan depan dan cuba guna. Apakah bokeh dia original atau... hurm.. Bukan apa , aku pernah tengok phone yang gempak dengan bokeh tapi bila dibelek betul betul.. adehhh ! Out !

Dari segi lain , kedua dua phone ni bagi aku ok jer. Cuma jika aku yang suka manfaatkan phone tanpa main game , aku akan pilih Samsung Note 10. Cuma buat masa sekarang , aku tak rasa nak bertukar lagi sebab tak nampak keperluaan untuk tukar. Tiada aplikasi yang gempak di dalam Note 10 melainkan camera dan video. Bateri yang besar , bagi aku ... pun akan cepat haus jika ada Whatsapp di dalamnya. Tanpa Whatsapp , Note 10 boleh tahan lama. Begitu juga Sony Xperia 1. Yearghh.. whatsapp memang problem terutama jika korang ada group group besar di dalamnya. Huhhuh.. 

Harga kedua dua phone ni.. atas RM3K. Hehehe... di waktu ekonomi begini , aku kena berjimat cermat. Lain la ada yang nak sponsor. Hahahahaha..

5 ulasan:

  1. hahahha...betul tu, apa2 telefon pun kalo asyik berwasap memanjang, cepat lerr habiss bateri nya...bukan wassap je, IG, FB pun sama...guna banyak bateri...huhuhu

    BalasPadam
  2. Buat masa sekarang selesa dengan ios apple (iphone), lama dah tinggalkan android..
    Yang penting, beli ikut keperluan, kalau ikut kemampuan, semua nak dibelinya...dah tu, guna takat IG, wahtsapp dan FB je hahahaha bazirrrr...ye dakkkk

    BalasPadam
  3. HADIAHKAN pada UN yer Note 10 yer

    BalasPadam
  4. aduih klu ada yg sponsor tido x lena la sy... apa pun rasa nk try juga note 10 tu

    BalasPadam
  5. saya vote samsung galaxy note 10

    BalasPadam

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.