Drama Korea yang terkini patut korang tonton ! Takda tayang muka plastik !

by - Rabu, Ogos 21, 2019

Puashati ! Antara drama bersiri yang membuatkan aku ternanti nanti setiap minggu dan akhirnya dah pun tamat dengan satu kepuasan dan di luar jangkaan. Presiden yang tidak sama sekali pentingkan diri sendiri , bermaruah dan intergriti ! Fuh , payah dah nak jumpa pemimpin gini di dunia realiti ! Hahahaa.. Yang mengarut dan kaki kencing ramai la.. 

16 siri yang mendebarkan. Penuh konflik dan kontroversi. Tidak perlukan watak watak plastic pun. Karektor masing masing cukup dijayakan dengan baik sekali. Bagi aku , berbaloi menonton drama begini sebab ianya menaikkan semangat dan secara tidak langsung membuatkan kita rasa jawatan bukanlah segala galanya tapi amanah yang dipikul perlulah ditunaikan dengan penuh dedikasi serta tanggungjawab dan paling penting ialah kejujuran. 



Tak sangka sama sekali yang kepala kepada pembunuhan kejam itu adalah.. Fuh ! Watak cool down dia memang di luar jangkaan. Tak sangka rupa rupanya dia la kepala tu ! Eh, 'dia' tu merujuk pada si perancang kepada semua yang berlaku ! 

Dan aku seperti anak anak buahnya.. jika punya kepala seperti dia , aku takkan nak bekerja dengan mana mana lagi manusia terutamanya yang bekerja dek kerana kuasa ! Hehehe.. Best best ! Berbaloi untuk ditonton bersama mereka yang suka drama bersiri. 

Erm.. aku harap tiada sambungan sebab dah cukup lengkap drama ni ! 

You May Also Like

2 comments

  1. Perghhh engko layan Korea ek..tak di sangka sangka hahahahaha

    BalasPadam
  2. lain macam aben ni,layan korea sejak akhir ni. Ermmm... mcm perangai org mengandung. Kot aura isteri jgkit kot nii.. Mudah mudahan betul ye aben.

    BalasPadam