Kerajaan Malaysia Baru malu dengan bahasa kebangsaan ?

by - Khamis, Ogos 22, 2019

Apa dah jadi dengan kerajaan baru ni ? Makin tergaru garu kepala aku dibuatnya. Mengutamakan bahasa penjajah dari bahasa yang menyatupadukan rakyat ? Kononnya antarabangsa?  Kalau guna bahasa kebangsaan , tak antarabangsa ke ? Tak ke rasa orang luar lebih teringin nak belajar bahasa utama rakyat Malaysia ni ? Apakah bahasa Inggeris itu akan dapat menyatupadukan rakyat negara ini dan menunjukkan negara ini sedang menuju ke bulan ? Maju la yer ?

Tak pernah dengar mat salleh sebut Malaysia Boleh ? Selamat Pagi ? Atau Terima Kasih ? 


Malu ke nak guna Hari Sukan Negara ? Bangga nak sebut Malaysia Sports Challenge ? Hahaha.. Melucukan la ! Jika guna English , nampak lebih prestij ? Adoiyai... Dikala negara nak sambut kemerdekaan ke 62 , korang tunjuk lagi yang kita masih 'dijajah' ! Memadailah dengan belajar dan bertutur tapi tunjuklah kita ini masih MALAYSIA dalam segalanya. 

Satu soalan aku nak tanya.... Orang luar nak sambut sekali ke acara ni ? Diorang nak datang berzumba sekali ketika pelancaran ? Ke semua ni lebih kepada politk jer ! Oh ya.. ni kerajaan lama punya inisiatif kan ? Lupa lak. Tapi kalau nak buat penjenamaan semula, tak boleh guna bahasa Malaysia sendiri ke ? Tak perlu tulis dalam Jawi pun. Guna rumi.Hari  Cabaran Sukan Malaysia atau boleh je guna Ayuh , kita bersukan ! Tak kisah la apa pun.. gunakan la bahasa kebangsaan. 

Di kala rakyat berpecah dek pelbagai isu , korang tambah lagi isu baru. Good job bebeh !


You May Also Like

2 comments

  1. Huhhh.. letih la macam ni,bila sendiri rakyat malaysia pun malu nak guna bahasa kebangsaan. Sedangkan org luar negara sibuk nak belajar bahasa ibunda kita iaitu bahasa malaysia.

    BalasPadam
  2. Bengong pentadbiran negara.. Cakap cintailah bahasa kita, lepas tu kat uni blajar semua dlm english, karang surat time kerja dulu, kalau client tu govt, semua tulis malay,.masuk meeting semua speaking ... Bingung tak bingung ...

    BalasPadam