Anak selsema. Wajarkah hantar juga ke tadika ?

by - Isnin, Ogos 05, 2019



" Ticer kata , kalau selsema kena rehat kat rumah... " kata Zahra dengan penuh keyakinan. Seronok la tu nak cuti ! Dan aku sokong kata cikgu dia tu. Sepatutnya begitulah atau akan membuatkan pelajar lain turut berjangkit dengan selsema berpunca dari anak kita tu !

Sebelum tidur , mak dia dah kasi ubat selsema pada Qhaliff dan Zahra. Pagi ni, waktu mandi.. aku check kedua dua.. takda selsema. Alhamdulillah.  Dah banyak kali berlaku pada Qhaliff dan Zahra. Pergi ke sekolah dengan sihatnya , tapi bila pulang..hidung dah berair ! Bila tanya , sapa selsema kat kelas.. dia pun cakap si polan polan tu. Sian diorang.

Tak salahkan sapa sapa. Mak ayah mungkin bekerja. Maka terpaksa antar anak ke kelas juga tapi perlulah amik tindakan. Cari ubat. Bukan biarkan gitu jer dengan harapan akan hilang sendiri selsema tu. Kesannya , pada anak orang lain juga dan mengundang penyakit lain datang pada tubuh badan anak kita.



MacKeigan menulis:

"Sekolah bukan taska di mana anda boleh tinggalkan anak yang sakit. Ini bukan hanya soal anak lain yang berisiko untuk terkena jangkitan, tapi anak demam juga memerlukam jagaan dan kasih sayang ibu bapanya.

Apabila anak saya sakit, saya akan rasa bimbang jika dia di sekolah,” kata MacKeigan.

“Tetapi saya juga akan fikirkan rakan-rakannya, dan tidak mahu anak saya menjangkiti anak orang lain.

Kanak-kanak senang demam dan boleh masuk hospital kerana badan mereka masih kecil dan mungkin tidak berupaya untuk melawan jangkitan."


Apa pendapat korang lak ?


You May Also Like

4 comments

  1. agree. jgn hantar kalau anak sakit. sebarkan vibes positif dan benda baik, anak ssakit jaga je dirumah

    BalasPadam
  2. Ibu bapa kena prihatin dgn anak org lain juga. Kesian budak2 yang lain. Patut bagi ubat cepat. Jangan biar melarat

    BalasPadam
  3. setuju...kalau ank sakit sgt janganlah hantar ke sek..

    BalasPadam
  4. pihak sekolah pun kne amik inisiatif kot, utk buat bilik asing utk tempatkan anak2 yg tak sihat nih. jgn dibiarkan bergaul dgn anak2 yg sihat, dan kebersihan sekolah hendaklah dijaga. kesian juga kat mak bapa yg anak demam lama,sihat,pergi skolah n kena demam balik

    BalasPadam