Sumbangan cermin mata buat anak yatim dari Eyes Vision Optical , Sungei Wang Plaza

by - Jumaat, Ogos 30, 2019

" Ben , saya beminat la nak sponsor anak yatim cermin mata. You tolong I cari ,boleh tak ? " kata Mr. Jun pada aku. Dia orang kuat Eyes Smart Group yang mana aku baru je kenal dalam tahun lepas tapi memang sangat baik orangnya.


Aku pernah berbual dengan ayahnya yang juga selalu ada di kedai milik keluarga mereka ( ada hampir 8 buah kedai cermin mata di Sungei Wang ) mengenai masa silamnya. Dia bercerita mengenai kawan baiknya yang berbangsa melayu yang juga anak yatim. Katanya kawan tu hanya diberikan RM2 untuk belanja selama sebulan. Ketika tu tahun 80an jika tak silap aku. Nasi lemak masa tu pun baru 20 sen sebungkus. Ceritanya lagi , dia sanggup berkongsi duit belanja dengan kawannya tu bila dia dapat tahu kawannya takda duit. Mengharukan aku ketika dengar dia bercerita. 

Aku usahakan. Update di Facebook mencari pusat pusat atau rumah anak yatim yang berminat. Alhamdulillah.. Dapat 2. Tiada had untuk tajaan. Berapa ramai sekali pun , bawa je ! Dan semalam, seramai 10 orang anak yatim dan asnaf dari Rumah Sentuhan Budi , Selangor telah ke Sungei Wang, Bukit Bintang selepas tamat persekolahan. 

Dalam jam 3 petang , mereka tiba. Aku gi sambut di depan bangunan Sungei Wang Plaza. Alhamdulillah. Kelihatan begitu teruja. Pelajar pelajar tu pun sangat berdisiplin dan berbudi bahasa. Mudah nak diuruskan. 

Dibawa terus ke Level G dan berjumpa dengan Mr. Jun untuk berkenalan. Hehehe.. Suka Mr.Jun. Rasanya ni program pertama mereka melibatkan anak yatim. Terus dia suruh staffnya buat pemeriksaan mata pada semua anak murid dan guru terlibat. 

Nasib baik aku dibantu Puan UmmiNani. Aku terus terang tak berapa pandai sangat bab bab gini sebenarnya. Hahaha.. kekok skit.





Lepas check mata , diorang diberi peluang untuk pilih mana mana bingkai yang mereka nak ! Haaa.. pilih jer ! Hehehe.. Seronok masing masing ! Bukan senang nak dapat peluang gini kan ? Rezeki mereka dah.. 

Dah pilih bingkai , sekali lagi test mata untuk pastikan power mereka. Walaupun mereka ramai , tapi prosedur ni sekejap je sebab staff mereka dah berpengalama. Sekejap jer selesai ! 











Selesai dah check mata ..pilih bingkai. Masa untuk siapkan kerja. Sementara tu , anak anak yatim tu di bawak surau untuk bersolat Asar. Seusai solat Asar , mereka kembali ke kedai untuk amik cermin mata masing masing ! Tadaaa... Hensem dah memasing gitu ! Alhamdulillah. Wajah kegembiraan terpamir !

Bergambar kenangan ! Aku rasa aku kena belajar senyum kasi nampak gigi la ! Adeh..



Sebelum pulang, Mr. Jun dan Mr. Willian Chai belanja makan ! Takkan nak kasi balik dengan perut kosong kan ? Hehehe.. Terbaek ! Sila pilih nak makan apa ! 




Duit petrol dan driver pun mereka kasi ! Alhamdulillah. Berbaloi mereka datang ! Minggu depan , satu lagi projek ! InshaAllah. 

Buat Eyes Smart Group dan Eyes Vision Optical , semoga dimurahkan lagi rezeki dan lebih berjaya ! Tahniah atas kebaikan anda.. 

Untuk pengetahuan anda semua . Rumah Sentuhan Budi memerlukan sumbangan orang ramai bagi untuk anak anak yatim dan asnaf di bawah jagaan mereka terutama untuk sewaaan rumah baru mereka di Petaling Jaya. Moga ada yang sudi membantu. 





You May Also Like

4 comments

  1. Usaha yang amat baik ! Moga Eyes Vision Optical bertambah maju di masa akan datang. Suka datang sini sebab layanan terbaik dan harga berbaloi !

    BalasPadam
  2. mulia sungguh la hati mereka yang suka bersedekah nie

    BalasPadam
  3. MESTI SERONOK BUDAK-BUDAK TU KAN. Alhamdulillah, rezeki KBBA untuk berkongsi rezeki dengan anak-anak syurga.

    BalasPadam
  4. Support usaha murni diaorang, moga terus maju jaya bisnes mereka.

    BalasPadam