XTVT, aplikasi menarik untuk mereka yang kaki melancong dalam negara !

by - Jumaat, Ogos 02, 2019



Yeargh... macam tau tau jer masalah yang aku sering hadapi bila hujung minggu ! Yer , sejujurnya aku tak tau sangat apa yang ada di sekitar aku ni walaupun dah tinggal di Sepang ni hampir 7 tahun lamanya ! Yer ke 7 ? Hahaha.. Lebih kurang la. Dan aku asyik ke Putrajaya jer bila nak beriadah bersama keluarga. Walhal di Sepang yang berhampiran Nilai ni serta KLIA , punya banyak tempat tempat menarik yang boleh dikunjungi bersama keluarga ! 

Ok.. nah , aku permudahkan kehidupan kita semua yer ! Hahahaha.. Download sekarang aplikasi XTVT ni ke dalam telefon pintar korang tu. Pastu on GPS. Baru bukak aplikasi tu ! Tadaaaa... amik kau ! Macam macam ada woiiii !

Dah download ? Nah.. sekarang ni pilih je mana mana kategori korang nak pastu, kan ... klik pada gambar tu. Di dalam tu ada infomasi termasuk lokasi. Kalau berminat , klik je dan seterusnya , GPS korang akan bawak korang ke lokasi tu ! 

Kena pada masanya , Visit Malaysia 2020 tahun hadapan. Maka aplikasi begini akan banyak membantu pelancong pelancong yang bakal datang ke negara kita. Senang berjalan tanpa rujuk peta dah pasni , kan ? 










Tahniah buat  CiEdge Technologies kerana berjaya membangunkan aplikasi begini. Moga akan lebih banyak maklumat 'disumbat' dalam aplikasi ni sehinggakan pelancong 'terpaksa' bergantung pada aplikasi ini ketika berada di mana saja mereka berada , di dalam Malaysia untuk melancong dan menikmati Malaysia ! Kan kan ?


Websites XTVT :  www.xtvt.com.my

You May Also Like

0 comments