Punca bil elektrik tinggi di rumah ? Ini cara yang aku lakukan..

by - Ahad, Ogos 04, 2019

Fuh , bil elektrik datang lagi ! Adeh... tepuk dahi ! Seolah olah ada kebocoran elektrik di rumah aku. Pesoalannya di mana ? Sebelum ni ok je ! Nak tuduh tarif elektrik naik , kang kena saman lak aku. Hahaha.. Takda bukti tapi sejak sejak akhirnya.. dah 5-6 bulan bil lebih dari sebelum ni ! 

Ok laa... aku positif. Seperti mana yang dimaklumkan oleh juruteknik TNB yang datang ke rumah aku baru baru ni untuk membuat pemeriksaan , dia kasi tau aircond di ruang tamu aku tu antara punca bil elektrik melambung naik ! Apa yang aku buat ialah... tak guna dah di waktu malam dan juga siang. Bila ada tetamu je baru pasang. Sebagai penyelesaian untuk kesejukan di ruang tamu , aku beli kipas kaki di AEON Nilai. Kos baru RM100+ 

Dan satu lagi punca bil tinggi ialah penggunaan lampu kalimantang atau pendaflour ! Disyorkan tukar ke lampu LED. Aku ada guna di beberapa bahagian di dalam rumah sebelum ni dan akan menukarkan ke lampu LED. Dah maklumkan pada juruteknik kepercayaan aku. Nanti akan tukar di dua tempat.. er, 3 ! Huhuh.. 

Harapnya selepas ni , bil elektrik aku akan berada di bawah paras mampu bayar la ! Huhuh.. Sekarang ni terasa membazir gitu jer. Huk... Bayangkan sebelum ni dalam RM200+ , dan sekarang dah hampir cecah ke RM500 ! Untuk kali ke 2, 3 gitu ! Haihhh.. 

Ok... di bawah ni ada sedikit tips buat kita semua dari DIDIK TV. Moga bermanfaat. 







You May Also Like

1 comments

  1. Asalam, jadi selepas buat cara tersebut, bagaimana jumlah bil tuan sekarang? Ada kurang tak? Sebab rumah saya pun mcm ni jugak masaalahnya, kontraktor TNB dtg chek katanya ada masaalah pendawaian rumah. Tapi bila panggil budak wireing, dia chek pakai CLIP tu kat meter untuk arus masuk,ok je bacaanya. Aku pun pelik

    BalasPadam