Wajar kita sokong buatan Malaysia dan MyCar pinta kerajaan kaji semula GOJEK !

by - Sabtu, Ogos 24, 2019

Semalam aku hadiri sidang akhbar MyCar berkenaan permintaan mereka supaya kerajaan Malaysia mengkaji semula kelulusan GOJEK di Hilton Petaling Jaya. Mendengar sendiri segala point point yang dikeutarakan oleh mereka membuatkan aku bersetuju mengenai bangkangan mereka terhadap GOJEK.

Pengasas Platform Apps. Sdn Bhd (MyCar) berkata , tindakan kerajaan yang meluluskan perkhidmatan dari Indonesia tu merupakan satu kesilapan besar dan berharap mengkaji semula kelulusan itu. Ini kerana ada 37 perkhidmatan e-hailing tempatan ( termasuk MyCar ) yang mana sepatutnya kerajaan lebih utamakan 'produk tempatan' berbanding dengan memberikan mereka satu lagi bentuk tekanan persaingan dalam ekonomi e-hailing di negara ini. 

Menurutnya lagi ,penunggang 'teksi motosikal' mengundang lebih bahaya kepada penumpang berbanding penunggang motorsikal yang tidak menjalankan perkhidmatan tersebut. Di sini aku bersetuju berdasarkan pemerhatian aku terhadap perkhidmatan perkhidmatan yang dijalankan oleh mereka yang menggunakan motorsikal tu. Contohnya penghantaran makanan. Ada yang janjikan penghantaran segera yang mana kita boleh nampak bagaimana mereka 'mencilok kiri dan kanan' dan tiba-tiba 'memancung' kereta demi mengejar masa. Aku tak salahkan mereka tapi dek kerana ada syarikat perkhidmatan menjanjikan kepada pelanggan mereka, maka pekerja terpaksa ikut. Itu belum lagi jika ada yang mengejar trip atau pelanggan ! 

Selain itu akan timbul mahram bagi wanita Islam yang berkemungkinan tinggi bakal menggunakan perkhidmatan ini ( maklumlah, ada yang berfikiran bebas ). Manakala yang bukan beragama Islam , isu moral akan terdedah kepada perkara negatif. 

Teringat pada arwah ayah aku yang mana satu tika dulu dia seorang pemandu teksi. Ada satu kes di mana ada seorang penumpang perempuan mengugut dia ! Dia kata dia nak report polis sebab ayah aku nak cabul dia ! Dia nak arwah serahkan duit duit dia ! Arwah ayah terus memandu ke balai polis. Takut terus perempuan tu. Berbangsa asing dan mabuk pulak ketika tu ! Bayangkan jika ianya berlaku pada teksi motorsikal tu. Tu belum lagi jika kes peras ugut ! Bayangkan jika pelanggan duduk belakang , tiba tiba dihalanya pisau atau tikam terus ! Kita pun tau ada kes kes begini berlaku pada pemandu e-hailing di negara ni. Maklumlah , lambakan pendatang asing di negara ni tidak terkawal dan bermacam macam warganegara ada !

Secara jujurnya , walaupun GOJEK mampu mengubah nasib mereka yang ingin menambah pendapatan atau membuka peluang pekerjaan tapi bagi aku GOJEK masih tidak sesuai di negara kita lagi ! Mungkin satu hari nanti tapi bukan sekarang ! Kita pun tau sikap masing masing di atas jalan raya sekarang ni. Kadar kemalangan yang tinggi bahkan boleh dikatakan setiap jam , di balai polis pasti ada laporan melangan melibatkan motor dan juga kereta. Jika kereta, risiko kecederaan tu amat rendah sekali berbanding motorsikal. Walaupun akan dilindungi insuran , tapi bagi aku duit bukanlah segala-galanya. Elakkan , selagi boleh elakkan ! 

Ditambah lagi dengan faktor jalan raya negara kita yang.. hurm.. Kalau lebuh raya tu , aku boleh kata terbaik tapi jalan raya , masih belum begitu selamat nak digunakan terutama untuk penunggang motorsikal. Inikan pula jika nak bawa penumpang berbayar ! Fuh.... 




Dan point terakhir , yer... sokonglah produk buatan tempatan ! Jika rakyat Indonesia menyokong penuh GOJEK yang merupakan produk mereka , kenapa kita rakyat Malaysia tidak begitu juga ? MyCar turut berjanji akan memperbaiki segala kekurangan dan kelemahan yang ada demi memastikan pelanggan berpuashati dengan perkhidmatan mereka. 

Sempena bulan kemerdekaan , MyCar melancarkan kempen 'Sambut Merdeka, Guna MyCar' yang mana pelanggan MyCar berpeluang mendapat diskaun RM2 dengan menggunakan kod promo MYCARMERDEKA bagi setiap perjalanan sehala sepanjang 15 Ogos 2019 sehingga 16 September 2019.  

Dua lagi peraduan yang dianjurkan MyCar iaitu 'Tag Dan Menang' di Facebook dan Instagram menawarkan hadiah kod promo bernilai RM50 yang mana pengguna MyCar hanya perlu memuatnaik gambar atau video yang berkaintan dengan MyCar dan tag #MyCarMerdekaContest .

Bagi mereka yang kreatif. wang tunai RM1000 menanti anda ! Cipta maskot MyCar ! Untuk keterangan lanjut , boleh ke Facebook MyCar atau Instagram MyCar

Pendapat aku mengenai GOJEK.... Yer , aku sokong MyCar untuk mengkaji semula kelulusan GOJEK !  Rakyat bukan bahan kajian yer ! Kita tau , sekarang ni...buat dulu baru nak kaji ! Rakyat bukan bahan kajian ! Kaji betul betul , barulah laksana. 

Sokong buatan Malaysia ! Kita ada pilihan dan jangan beri kelebihan pada orang luar ! Cukup cukuplah apa yang ada. Melainkan jika tiada buatan tempatan , barulah boleh pandang buatan luar.. kan kan ? Beri peluang untuk mereka buktikan. Jangan bandingkan dengan jenama yang dah kukuh. Jika kita tidak beri peluang , sapa lagi nak beri peluang pada mereka ??? 


You May Also Like

13 comments

  1. Semoga menjunpai jalan penyelesaian dan yang terbaik buat produk tempatan .

    BalasPadam
  2. Julia ada pengalaman ke Jakarta dan Bandung dan setiap hari melihat GoJek. Disana mmg nampak ribuan gojek beroperasi. Ya buat masa skrg sebaiknya betulkan dulu apa yg ada di Malaysia. Sbb byk dgr rintihan org2 grab dan lain2 yg sedia ada nak cr customer pun bukan senang ye. Lg2 peak hour. Kesian gak yg sedia ada belum dpt berkembang dgn sewajarnya. Kaji dulu betul2 juju sokong!

    BalasPadam
  3. Sebagai seorang mama kepada 2 anak perempuan, sis memang bantah bab naik moto ni. Semasa sekolah lagi dah pesan kat anak, jangan tumpang kawan naik moto. Walaupun sekadar nak balik sekolah. Impak kecederaan lebih teruk untuk mereka yang bermotosikal. Lagi pun Malaysia dah ada produk sendiri, yang much better bagus. Gunakanlah. Bagi yang beragama Islam, yes..isu mahram yang mula2 terlintas. Sorry to say, Pak Menteri mana nak fikir kesusahan rakyat sebab mereka ada driver sendiri. Kita sebagai rakyatlah yang patut bersuara sebab if anything happen to our family and friend...kita yang akan terima padahnya. Bukan 'mereka'

    BalasPadam
  4. Tak setuju gak kalau GOJEK diluluskan kat sini. High risk!

    BalasPadam
  5. Kekalkan saja yang sedia ada.. Hihihi

    BalasPadam
  6. Tak setuju Gojek di Malaysia, nampak risiko bahaya lebih banyak drpd kebaikannya.

    BalasPadam
  7. Tak setuju. Kalau betul nak buat kena kaji lebih lagi. Risiko pun tinggi.

    BalasPadam
  8. tak suka GOJek masuk. Gunakan je MyCar. Lagipun MyCar di Kuantan baru nampak nak berkembang pesat. Lagi selesa berbanding GoJek tu yg tentu berisiko. MyCar kena luaskan lagi pengiklanan. Di kampung-kampung patut ada servis MyCar ni juga

    BalasPadam
  9. Serius fiza pun tak setuju dgn projek gojek ni. Hmm

    BalasPadam
  10. Tak setuju bab Gojek!
    Apa yang ada sepatutnya diperbaiki dan tak perlu tambahkan lagi bebaban dan masalah lain kemudian hari

    BalasPadam
  11. haaaa betul , gue bantah kemasukan gojek kat Malaysia sebab jalan kat Malaysia tak macam kat Indonesia yang dia punya macet 25jam sehari, Malaysia masih ada highway dan oenganiutan awam yang baik setanding Jepun dan Korea atau negara maju. Yang gomen gatai nak tiru Indon dah kenapa ??

    BalasPadam
  12. tak setuju ada..lagi naik mtor..bahaya..huhu..

    BalasPadam