Tahniah PDRM daerah Sepang !

Dah dua minggu aku perasan. Tapi ikutkan lama dah memang kerap PDRM daerah Sepang ni buat roadbloack selepas jam 12 malam. Tapi dalam 2 minggu ni , aku boleh katakan selalu je ada dan bukan satu lokasi jer ! Alhamdulillah.. Terima kasih PDRM !! 

Sejujurnya bila ada roadblock begini , penduduk setempat terasa tenang nak tidur malam. Bukan apa.. banyak kes pecah rumah berlaku di area Bandar Baru Salak Tinggi dan juga kawasan Salak ni. Dan budak budak muda dok merempit di kawasan berhampiran rumah aku ni selepas jam 12 malam. Dia punya 'rem' motor tu macam rasa nak gi hempuk tong gas kat kepala memasing ! Huh.. Orang nak tidur, diorang memekak ! Tapi lepas adanya roadblock di kawasan berhampiran tu, tak kedengaran lagi. 

Gambar hiasan

Semalam , waktu balik dari Alamanda , jam 12 tengah malam.. aku lalu dua point roadblock. Dan anggota bertugas pun ramah tapi tegas. Nasib baik aku muka melayu gitu. Heheheh.. Satu keluarga. Tak banyak cerita la. 

Tahniah dan terima kasih buat semua anggota dan pegawai yang terlibat dalam menjaga keselamatan awam tak kira masa. Semoga anda semua dilindungi Allah dan juga dimurahkan rezeki. Berkhidmat dengan cemerlang tanpa mengira ganjaran di masa akan datang ! 

Serius.. baru dapat tidur dengan nyenyak... 

2 ulasan:

Peringatan



Ini adalah blog peribadi. Tidak terkait dengan mana mana parti politik walaupun ada artikal berbaur politik secara ringan. Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.

Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog iaitu, Ben Ashaari. Saya tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli , sengaja atau tidak sengaja. Amaran dah diberikan. Sapa suruh tak baca !

Pendapat penulis tidak semestinya kekal. Boleh berubah bila ada maklumat tambahan yang punya bukti atau fakta yang lebih sahih.

Jika ada sebarang pertanyaan atau penambahbaikan , boleh hubungi saya melalui email.

Terima Kasih ..

BEN ASHAARI

Blogger Sejak 2009


Dikuasakan oleh Blogger.