Ramai sokong aku kawin lain ! - BEN ASHAARI

Ramai sokong aku kawin lain !

Fuh... tak sangka ! Ingatkan bakal dikecam tapi disokong pulak ! Hahahaha.. Gitulah penangan dia citer Pad Man yang baru aku tonton kelmarin. Citer ni lama dah tapi aku baru je tau. Tu pun sebab viral di Facebook. Tertonton babak pendek dan membuatkan aku nekad nak kembali ke dunia Hindustan yang mana filem yang aku nak tengok lebih pada cerita cerita masyarakat. Cinta cintun tak nak.

Dalam posting aku di Facebook pagi tadi, dah lebih 70 orang komen dan boleh dikatakan keseluruhan sokong dengan pendapat aku tu yakni... 

" Kalau aku jadi Laskhmi tu, aku kawin dah dengan perempuan yg bantu naikkan semangat juang dia berbanding isterinya yg tinggalkan dia dek kerana malu dgn org kampung disebabkan perangai 'pelik' suaminya tu. 

Bila si suami dah berjaya, baru terhegeh hegeh cari semula. Dan ternyata si Laskhmi tu pun dah berbelah bagi. Dua dua dicintainya. "

Serius... aku ingatkan dia akan kawin dengan Pia tu tapi rupanya.. Adoyai. Menyampah giler tengok wife dia di penghujung cerita tu tapi nak buat camana kan ? Itulah cinta sebenar benarnya cinta ! Oh ya... kisah benar ni tau. Haa... 


Movie ni ada kat Netflix. Youtube , aku tak pasti ada ke tak. Tapi berbaloi la layan citer ni. Menaikkan semangat dengan kesungguhan dia nak buktikan apa yang dia nak buat dek kerana cintanya pada isterinya tapi isterinya lak.. Grrrr ! Geram aihhh !! 


4 ulasan:

  1. Ooo aku nak nengoklah...
    Oii engko nak kawin lain ke? hahahaha jangan lupa aku eh, aku bagi hadiah katil KING hahahahaha

    BalasPadam
  2. padman ni mmg best! unik citernya. +, kredibiliti akshay kumar as actor mmg thumbs up!

    BalasPadam
  3. wowwww - harus kena tengok ni -- baca sikit jer tu

    BalasPadam
  4. ye mmg sakit hati tgk ending nya bini tergedik2 sambut laki balik. ok pasni tgk citer Akshay yg tajuk toilet pulak. best jugak

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.