Fast & Furious : Hobbs & Shaw - BEN ASHAARI

Fast & Furious : Hobbs & Shaw

Aku percaya ramai tertunggu-tunggu filem ni , kan ? Haaa... tau ! Fast & Furious ni ada peminat tersendiri. Dah masuk ke 9 sejak diterbitkan pada tahun 2000 lagi. Sememangnya di luar jangkaan filem ni dan pastinya... pastinya ramai agak terkilan sebab Vin Diesel takda kali ni ! Ehem.. ini bukan pertama kali dia takda pun ! Tapi Fast & Furious tetap dapat sambutan hangat ! 

Dan kehadiran Dwayne Johnson dalam filem ni , berjaya menambahkan lagi kepanasan ! Kan ? Haa.. masing masing ada tarikan tersendiri. Dan kegilaan terhadap Fast & Furious bertambah bila si mamat botak ni ada dengan watak jahatnya ! Fuh ,serius.. aku tak pernah benci si Jason Statham ni tapi dalam ni, satu tika dulu.. cukup aku geram ! 

Tapi segalanya berubah di sequel ni ! Nah.. awalnya aku tak beberapa tertarik dan teruja sebab watak si penjahat ala ala dah macam citer Marvel lak ! Haaa.. tapi segalanyaberubah bila aku berada dalam panggung wayang jam 9 malam tadi ! Hahaha.. Bertempat di GSC Mid Valley , atas jemputan United International Pictures ( M ) , filem Fast & Furious ni berbaloi sangat ditonton !




Dialog lucu dan babak babak santai menghidupkan jalan cerita ditambah dengan aksi aksi mendebarkan yang tidak kunjung berhenti. Kiranya nak menguap pun tak sempat la ! Hahaha.. Kemunculan si Ryan Reynolds ( Deadpool ) pastinya akan mengundang kemunculan sequel seterusnya. Takkan la mamat ni punya watak gitu je kan ? Haaa...

Kesimpulan , Fast & Furious 9 ( Hobbs & Shaw ) tidak mengecewakan sama sekali terutama bagi mereka yang gemarkan filem aksi . Kalau nak tengok aksi lumba kereta , takda la kali ni yer. Heee.. Er , tak sangka adik Shaw , cun ! Hahahaa.. hot tapi ganas ! 

6 ulasan:

  1. Yeahhh tak sabar nak tengok, yg ni khas utk Hobbs and Shaw je. Tunggu Fast9 tahun depan utk tengok Vin.

    BalasPadam
  2. Movie wajib tonton ni. Nak nak Ben tu terpalit juga dalam cite ni.

    BalasPadam
  3. alamak tak sabar pula nak tgk

    BalasPadam
  4. wah...nak kena pergi tengok jugak ni.

    BalasPadam
  5. Rasa lama betul dah tak tgk wayang citer oversea ni

    BalasPadam
  6. Dah tengok, memang best!! I pi tgk sbb suka Jason Stathom je sbnrnya hehehe

    BalasPadam

Dikuasakan oleh Blogger.