Nasi Ayam Mafia Chef Joe maju setapak lagi !

by - Khamis, Ogos 22, 2019

Kalau korang ke Bandar Baru Salak Tinggi ,  Sepang.. pastikan korang singgah makan di Restoran Nasi Ayam Mafia yang terletak di satu sudut yang cukup best untuk makan beramai ramai ! Kipas ada , angin ada . Tak perlu risau panas membahang ! 

Sini , antara tempat aku minat untuk datang makan di waktu tengahari. Tapi kena pastikan datang sebelum waktu makan tengahari atau terpaksa berdiri mencari tempat duduk ! Hahahaha... Dan biasanya aku akan order 2 bungkus untuk aku. Pastikan ayam  tu dalam keadaan panas panas, baru sedap dimakan !

Bagus konsep ni

Kekuatan pada nasi ayam Chef Joe ni tak kira la ayam bakar rempah atau giling , bagi aku ialah pada kepedasan cilinya ! Fuhhh.... tebal rasa bibir tiba-tiba. Terasa cam Anita Sarawak lak ! Hahaha.. Tapi pedasnya membuatkan nak makan lagi tau ! Bukan terus nak tinggalkan. 

Hurm.. tapi semalam aku makan tanpa cili mula mula. Sedap nasinya. Supnya , Aariz dan Zahra suka.  Tapi bila letak cili dan kicap , terus bertambah aku. Hahahah.. Nasib baik aku beli 3 bungkus.




Ok.. konsep terbaru di sini ialah Layan Diri. Order, bayar dan tunggu nombor giliran korang dipanggil. Tak perlu nak gaduh gaduh sapa cepat sapa lambat ! Haaa.. Bagus kan ? Nombor terpampang di skrin LED yang diletakkan di satu sudut semua manusia boleh nampak ! Heeee...

Bagi aku , sistem Layan Diri yang baru diperkenalkan ni memang bagus. Bukan apa.. pekerja restoran ni kan kerap berhenti kerja. Nak guna pekerja asing , tak seronok lak kan ? Jadi untuk lebih efisien dan pantas , cara dibuat ala ala Mekdi ni memang menjimatkan masa, kos dan paling penting  , pelanggan tak perlu nak bertekak sapa dulu sapa kemudian ! Kan kan ?



Lokasi.. Waze je : Chef Joe . Nanti akan ada beberapa pilihan. Amik Chef Joe atau  Cendol Musang King .

Sebarang pertanyaan , boleh whatsapp terus Chef Joe di : 012 2324 163



You May Also Like

6 comments

  1. Wah..ada ada bagus layan diri ni. Jimat kos juga. So boleh kontrol harga. Menu pun menarik juga ni

    BalasPadam
  2. wah..bagusnya serve die. lebih senang...

    BalasPadam
  3. Nampak sedap. Nanti saya bawa family saya datang sekali

    BalasPadam
  4. mafia betul rupa ayam kat logo dia tu! he3..

    BalasPadam
  5. woww, leh try ni.jom aben makan reramaiii

    BalasPadam
  6. Saya tinggal di Nilai.. memang antara restoran pilihan..

    BalasPadam