Satu cabaran sebenarnya pada pembikin filem/drama

by - Jumaat, November 25, 2011

 

Aku bukan seorang pengkritik filem mahupun drama . Bila aku mengeluarkan pendapat , maka itulah yang aku rasa . Aku bukan anti dunia hiburan.. Apa yang aku mahukan ialah satu kelainan yang membuka minda serta keinsafan dari mula aku duduk hinggalah aku berdiri.

Mengenai drama Tentang Dhia yang aku beri ulasan ringkas semalam  , walaupun aku tengok baru 10 minit seterusnya membuatkan aku bangun , dan terus meninggalkan television , sebenarnya drama yang bagus cuma ianya tidak lagi menepati citarasa aku dah ..

Bukan  apa , sekarang ini adalah zaman yang kita tau ianya zaman haru biru .. zaman yang mana akhlak manusia seperti kembali ke zaman jahiliyah (bukan semua la ) .. Apakah peranan pembikin filem/drama untuk membantu memberi kesedaran pada ‘penggunanya’  ?

Mereka ada medium untuk menyampaikan ‘idea’ mereka sebagai mana aku ada blog untuk menyampaikan apa yang aku rasa tika ini .. Maka satu cabaran untuk mereka membuat satu produk yang mana mampu buat penonton duduk menonton sambil berfikir .. SETIAP SAAT ..

Janganlah ada yang kata .. “ Ben , kalau tak suka .. kamu buatlah drama kau sendiri yang kamu suka .. “ .. Apakah itu satu komen yang datangnya dari orang yang mampu berfikir dengan baik ?

Zaman ini , manusia semakin bijak .. Bila semakin bijak , mereka akan menganalisa segalanya .. Bila begitu , maka akan ada yang berjaya meneruskan kehidupan dan ada yang terus terbabas ..

Satu cabaran buat kita semua ..

You May Also Like

4 comments

  1. kena jd penonton bijak...gamak2 cerita tu tak mendidik.. kak es mmg tak layannnn.

    BalasPadam
  2. drama skang dah x mengisafkan dah. mana taknya yg berlakon jadi warak tu pn "berlakon" je utk mengajar orang. yg watak warak n alim tu lah sebenarnya seksi nk mampus, kaki clubbing etc etc..

    kalo nk kan pengajaran, ilmu dan tauladan, tgk channel oasis tu haa senang..byk je ustaz2 berceramah nk bg ilmu. xpayah nk berlakon buat aksi 18sx berkemban atas katil semata2 nk bg pengajaran. apa ingat Allah nk bg pengecualian dosa kalo nak mengajar org dgn cara mcm tu? matlamat xmenghalalkan cara.

    hanya meluahkan pendapat.

    BalasPadam
  3. rasanya semua cerita tahun terdekat ni mula sama, habis sama. macam tak de idea lain dah. lepas tu bila orang tak tengok, cakap tak sokong. nak sokong pebendanya kalau jalan cerita pun tak menarik?

    BalasPadam
  4. diorang boleh buat cerita yang baik, persoalan nya siapa dan berapa ramai yang nak tengok cerita baik tu yang harus mereka analisa kan dahulu. Cerita indon tak best mengarut, tapi tayang juga. Kecewa, saya kecewa. Tapi mereka ada reason kenapa buat cerita hampeh gitu. We as viewer have our choice.. saya tengok nur kasih. best!

    BalasPadam