Banjir besar di negeri pantai timur

by - Rabu, November 16, 2011

 

Beberapa negeri di pantai timur Semenanjung dijangka mengalami banjir besar ekoran fenomena air pasang besar yang diramal berlaku pada 25 Disember dan 23 Januari tahun depan.

Pakar Oseanografi, Prof. Dr. Kamaruzaman Yunus berkata, kawasan pantai timur dan Sarawak lebih terdedah kepada fenomena tersebut selain didorong oleh faktor tiupan angin Monsun Timur Laut yang dikaitkan dengan musim tengkujuh.

"Fenomena air pasang besar ini berlaku disebabkan oleh tarikan graviti bulan dan bumi.

"Jika sesebuah kawasan atau negeri menerima hujan yang luar biasa dan pada masa yang sama fenomena air pasang berlaku, banjir besar akan melanda," katanya ketika dihubungi semalam.

Kamaruzaman yang juga Dekan Fakulti Sains Universiti Islam Antarabangsa (UIA) cawangan Kuantan memberitahu, banjir tersebut dijangka lambat surut ekoran paras air laut yang tinggi. “ – Kosmo

 

Hurm.. amaran awal walaupun ianya cuma ramalan .. Nasib baik waktu tu bukan jatuh pada sebarang perayaan kecuali Tahun Baru Cina dan cuti sekolah… kan ? Hurm.. Harapnya tak la seteruk yang dijangka.. Hurm.. Sama sama kita berdoa .. Dan pada waktu yang sama , kurangkanlah buat dosa .. Tingkatkan amalan ..

You May Also Like

7 comments

  1. semoga macam tahun lepas..dijangka banjir besar tapi kuantan x banjir...aku risua gak ni..kawasan rumah aku macam kawasan banjir je

    BalasPadam
  2. mintak dijauhkan.. takut jugak era.. tambah2 pulak era tinggal kat pantai timur.. hurm~~

    BalasPadam
  3. berwaspada enghadapi bah,

    sediakan payung sebelum hujan,
    sediakan kelengkakan sebelum banjir.

    BalasPadam
  4. harap2 SPM sempat habis.kesian budak2 nak exam

    BalasPadam
  5. harap2 x teruk. bulan 12 ni nak balik ganu ni...

    BalasPadam
  6. Hmm . mcm2 kan ...
    nie semua peringatan kat kite semua .
    Bykkn amalan .

    BalasPadam
  7. haha Prof K, boss saye tue. tabik kat prof! memandangkan pakar osenografi duduk di Kuantan jadi senang la nak mintak advise dia apa yang patut sbg persediaan banjir nanti :p

    BalasPadam