Jangan taksub bila minat artis

by - Isnin, November 21, 2011

 

Ok .. Dalam entri aku yang bertaju  Kalau nak bergambar , nak kena bukak baju ke ? nii nampaknya ada tak tak faham atau dibutakan dek kerana sebab tu gambar Aaron Aziz sehingga kata aku jeles ? Ekeke.. Lawak laa.. Kalau aku nak jeles , baik aku jeles dengan Rain tu.. Badan dia , perghhhhhhhhhhhh… Aaron aku nak jeles ?? Oh pls ler… Hahahha..

Isu tu mudah je… Bukan sbb Aaron Aziz tapi sbb kenapa setiap kali artis wanita bergambar mesti nak kena seksi bila .. Yang artis  lelakinya ada sehingga buka baju ..

Gambar Aaron tu ada yang kata tak buka aurat.. Memang laaaa.. Tapi ada tak korang nampak kulit perut si Aaron tu ? Kalau dah nampak pastinya korang tau dia pakai apa semasa shooting tu ? Buka la mata skit ..

Apakah perlu mereka ( artis )yang bergambar sebegitu rupa ? Apakah ini  kehendak jurugambar/wartawan tersebut ? Maka persoalan aku mudah saja , Kalau nak bergambar , nak kena bukak baju ke ? atau perlu seksi ke ?? Baru laris ?

Tolonglah jangan sampai taksub sangat hingga butakan mata hati sendiri .. Aku ada banyak keje lain dari nak jeles kat Aaron tu.. Tak de maknanya okeh ! Satu sen tak berbaloi .. Apa yang aku pk cumalah masa depan kita semua .. Sampai bila nak begini ?

Untuk bro Aaron .. Aku minat lakonan dia .. Mmg best.. Tiada isu skandal.. Bagus.. Tapi hati hati sbb ada mata memandang .. Jangan la ikut sangat kehendak ‘mereka’ tuu… Sendiri susah nanti..

You May Also Like

14 comments

  1. alasan..

    'kehendak photographer'

    'dah itu tugas saya sebagai artis'

    'sumber rezeki saya'


    oh peliss,boleh tolak secara elok kan?
    kalau dah kata rezeki ada di mana-mana insyaALLAH kalau tolak rezeki yg caranya tak berapa nk ok tu mungkin akn dpt rezeki yg caranya OK!


    kan?

    BalasPadam
  2. membayangkan ben ashaari pakai vest dengan jean, ambik gambar tepi kolam renang

    BalasPadam
  3. mungkin dengan cara tu, ramai yang nak tengok. erkkkk.. tak tahu laa~ sebenarnya semua tu hak individu. kalau individu tu kata tak nak seksi bagai, maka takkan la pihak jurugambar nak paksa pula kan?

    lagipun kita ada hak sebagai orang islam untuk mempertahankan maruah dan juga aurat.

    BalasPadam
  4. setuju dengan brader ben...kalau mcm ni la gaya nya sampai bila2 pon artis malaysia akan bukak baju masa bergambar tak kira laki atau pompuan,sebab ikutkan sangat ckp juru gambo tu semata2 tak nak jatuh saham,sampaikan had aurat diketepikan ekspesiali pompuan la,laki auratnya sikit je..renungkan ye.

    BalasPadam
  5. maksud yg tersirat kan abg ben entri aaron aziz tu..

    tp tak semua phm

    BalasPadam
  6. hehe..spatutnye aaron yg jeles kt abg ben tu kn...

    BalasPadam
  7. As Salam,

    kesian atok kena hentam ngan peminat Harun Aziz tu..hehe~

    BalasPadam
  8. aaron bukak baju mmg la bukan big issue..yg big issue nya tu haa asal nk amik gambar je nk kene bukak sana sini...aku rasa photographer tu miang kot. suka je nk suruh orang tayang itu ini utk fofuler. hoh. ni bukan amerika.

    bukan apa, sy prasan ade beberapa photographer terkenal pun kalo publish gambar2 yg dorang amik yg tema pakaian pon atas idea dorang..yg model pompuan kalo bleh baju terselak2 bg nmpk tutt...kangkang luas2 bg nmpk tutt. yg model laki2 disuruh pakai spender je. lepas tu gambar pelok2. semuanya melayu yg mengaku islam. ape kejadah.

    BalasPadam
  9. I rasa diorang bergurau jer tuh. Jangan ambik hati ye Ben? :->


    Terbaru dari Logokoko:

    [U] Nasi Bujang

    [11SX] Masalah tidak kuat isap

    [10PG] Cara memicit jerawat tak bertauliah

    BalasPadam
  10. as salam..
    pembaca blog, tak semua ada mentaliti yang sama. ada yang bijak, tapi penguasaan dan pemahaman bahasanya, kurang, bila kita dok habaq itu ini, depatak paham, itulah gamaknya yang terjadi. sebab dok bijak tang kerjaya je..

    yang bahasa pun, dah out, inikan pula agama..teguran buat diri sendiri dan semua.huhu..

    BalasPadam