Aidilfitri 2022 , suatu kenangan...

by - Jumaat, Mei 06, 2022




Alhamdulillah... Seminggu sudah berlalu. Hari ni, di minggu lepas... aku sekeluarga tiba di Kelantan. Beberapa hari sebelum 1 Syawal menjelma. Sejujurnya, memang aku risau nak beraya di sini. Kenapa ? Sebabnya... ramai yang datang ke rumah mak mertua , beraya. Huhuh.. Adik beradik ramai kan. Lagi pun, 2 tahun dah tak bersua muka. Nak tak nak.. kena 'buka pintu' gak la. 

Aidilfitri tahun ni bermula dengan kejutan. Raya sehari lebih awal dari yang dijangkakan. Heee.. Aku , ikut je la. Yang penting, aku tetap kena jaga makan. Raya atau tidak , dengan usia sekarang ni.. aku kena hati hati dengan apa yang bakal masuk ke dalam perut aku. Salah makan, aku merana. Bukan calang calang punya merana woo ! Dari perut tu , naik ke kepala.. turun ke kaki ! Boleh terbaring seharian ! Silap silap.. mau makan seminggu macam wife aku kena sebelum Ramadan lepas. 

Raya tahun ni , memang tak gi mana mana. Tak berani nak keluar rumah. Kereta banyak... kemalangan sana sini. Orang tak sabar pun ramai. Emosi terganggu. Cuaca pun memainkan peranan. Panas terik.. Sesekali hujan membasahi bumi. Aku duduk rumah diam diam je la. Meniaga halia ! Hahaha.. 

Bila cakap bab meniaga halia ni.. hurm.. aku nampak makin ramai bermasalah dengan perut ni. Ramai ! Punca ? Aku syak bermula dari PKP yang lepas. Kan lama memasing duduk rumah. Bila duduk rumah ni, apa je boleh buat selain makan..makan dan makan ! Makan lak tu, macam macam dicubanya. Sana sini jadi makanan viral. Manis , masin.. confirm dah ! Kesannya ? Bukan sehari dua lepas tu tapi di masa akan datang. 


Paling ketara ialah... jenis suka makan malam ! Fuh.. pastu tidur ! Memang sedap !! Sedapnya seketika tapi deritanya bakal berpanjangan ! Sebab itulah aku tak henti henti buat awareness bab ni. Bukan apa..aku kesian tengok kawan kawan dok update sakit tak tau punca ni. Pastu gi spital. Kos rawatan tinggi tapi tak tau sebab apa. Walhal kebanyakkannya berpunca dari sikap makan tak henti tu. Makan tu boleh tapi berpada padalah.

Lepas ni ramai galak nak buat open house lak. Hati hati je la yer. Sayangi perut anda tu. Jangan ingat perut boroi je boleh kena angin ni..yang tak boroi pun boleh yer !!!

Selamat Hari Rayaa ! Maaf Zahir Batin.

You May Also Like

0 comments