Penguatkuasaan lemah ke atau ?

by - Jumaat, Mei 13, 2022


Sedih baca kisah yang berlaku kebelakangan ni. Macam macam kejadian yang ditakuti selama ini , makin terjadi. Kenapa ? Apakah disebabkan faktor kecuaian atau penguatkusaan yang lemah ? Atau kena lebih tegas seperti naikkan lagi nilai saman dan juga kompaun ? 

Lori lori besar semakin banyak di atas jalan raya. Bukan saja lori , tapi kenderaan pacuan 4 roda yang laju laju, berdesup di atas jalan raya. Jika sedikit kecuaian berlaku ? Kenderaan kecil inilah yang bakal jadi mangsa tanpa belas kasihan ! 

Kelmarin... aku nak ke gym. Di depan aku ada lori membawa muatan tanah. Apa yang aku buat ?? Aku jarakkan kenderaan aku.  Dah banyak kali berlaku aku nampak. Batu jatuh dari lori. Bukan seketul dua. Malah ada yang kena bahagian depan kereta aku. Abis rosak cat. Dan seperti yang aku jangkakan , tanah merah jatuh dari lori tersebut ! Nasib baik aku dah jarakkan kenderaan aku. Tapi kereta di belakang aku sibuk nak memotong aku ! Dia ingat aku saja bawa perlahan. Hurmm... 

Dan tengok motor tu ! Bayangkan jika tanah dari lori tu jatuh ketika dia nak memotong tu. Tak ke merbahaya ?? Hurm.. Sikap sesetengah pemandu yang tak sabar pun satu hal ! Sibuk menghimpit ! Ada yang sibuk nak berlumba ! Bila berlaku kemalangan.. IM SORRY ! IM SORRY kepala hotak kau ! Ada yang kehilangan nyawat ! Tak pun rosak kenderaan. Kau nak berlumba, gi cari tempat lapang.. sewa SIC tu ke.. gi la menggila kat sana ! Takda sapa nak kisah dan nak amik tahu. Duit kau.. cara kau ! Tapi di atas jalan raya, bukan tempatnya ! 

Penguatkuasaan ? Hurmm bak kata Aariz.. KALIAN LEMAH ! Bukan tak buat tapi tak cukup tegas. Kejap ada.. kejap takda ! Kenapa ini boleh berlaku ? Well.. semua orang tau.. INI MALAYSIA.. Boleh land ! 

Tunggu mereka yang ada VVIP atau keturunan dia kena.. baru mengelupur nak buat kerja ! 

 

Ada masalah angin ? Perut kembung ? Payah nak membuang ? Cuba HALIA #1 !

You May Also Like

0 comments