Simple Bites, Krim Cendawan Segar wajib dicuba !

by - Isnin, Mei 23, 2022

Dalam rumah aku ni, ada 3 orang yang sukakan krim cendawan ni. Boleh berebut la kalau ada atas meja. Dan biasanya , Aariz akan menang ! Hahaha.. Kali ni , tak payah nak berebut dah ! Aku dah jumpa satu jenama krim cendawan segar yang original. Takda guna tepung banyak. Terasa sangat keenakannya ! 

Simple Bites.. halal ! Boleh beli kat CU Mart yang mula berkembang di Malaysia. Dalam tu ada ! Harga pun murah jer. Menariknya.. boleh tahan setahun ! Tapi dengan syarat.. simpan dalam peti ais. Nak guna.. baru keluarkan. Nyahbeku ( defrost ) dalam 5 minit. Masukkan dalam microwave atau pun panaskan dengan menggunakan dapur gas tu haa.. Dalam 5 minit jer. Pastu siap dah untuk dimakan. 

Sangat sesuai untuk korang yang bekerja di pejabat dan takda masa untuk keluar makan mahupun persediaan anak sebelum ke sekolah atau pulang sekolah. Kan bila diorang balik.. diorang kelaparan yang amat. Maka bagi je dulu krim cendawan segar tu. Pastu kalau ada roti , kasi taruk dalam tu. Perghhh ! Memang terbaik aahhh rasa dia ! 

Untuk mereka yang tak makan daging tu.. sesuailah sangat Simple Bites ni. Cubalah.. Berbaloi ! 









Instagram: Instagram.com/simpbites




 



You May Also Like

5 comments

  1. Menarik .. nanti nak try. Anak suka gak makan cendawan. Tambah bila tak sempat nak masak..leh la pekena ngan roti

    BalasPadam
  2. Best buat stok kat rumah gini. Kot tak sihat atau tak sempat masak, dah ada makanan cepat masak untuk anak-anak

    BalasPadam
  3. Wah mudah ni .anak2 suka makan..boleh la beli nnt

    BalasPadam
  4. senang standby mcm ni untuk anak2 duduk rumah kan . depa lapar 24/7

    BalasPadam
  5. Lepas ni nak makan sup cendawan bukan lagi satu perkara yang susah dah. Makan dengan roti bakar, perghhh...

    BalasPadam