Sesekali ku rasa TERINGIN...

by - Ahad, Mei 22, 2022



TERINGIN dalam bab makanan ni takkan habis ! Bila ada makanan baru viral , akan kita terliur. Kita pun cubalah. Esok.. lusa , begitulah seterusnya. Selagi ada duit. Selagi sihat. Selagi tu kita cuba dan terus mencuba. Makan dan terus makan. Selagi hidup, selagi itu kita nak nikmati kesedapan.

Salah ke ??

Tak salah pun. Makanlah selagi berkemampuan. Tapi yang salahnya ialah , bila kita tahu yang kita tu tak sihat. Kita tahu kita ada kelemahan. Kita tahu yang apa yang kita nak makan tu bakal memudaratkan diri. Apakah kita nak tepuk dahi selepas tu ??

" Allah.. menyesal aku makan. Ikut sangat menda menda viral ni ! "

Bukan tak pernah terjadi. Banyak aku baca.. banyak kali aku tengok orang berhampiran aku jadi gitu. Malah aku sendiri pun pernah lalui. Nak kata TERINGIN , sejujurnya aku pun teringin banyak benda nak buat ! Tapi aku tahu semua tu bakal memudaratkan. Yang sedang ini pun memberi kesan sampingan, kita nak tambah lagi ? Hurm..

Nak makan tu boleh.. tapi kalau kita baru baik dari sakit tu, berjaga jagalah. Jangan kita terus lupa apa yang pernah berlaku pada kita , satu tika dulu dan bagaimana orang terhampir berkorban menjaga kita. Bila dah sihat , terus kita nak ikut kembali nafsu makan kita tu ? 

Kalau dah sihat sekali pun, dalam usia dah lebih 30an ni.. kena hati hatilah. Kita di luar nampak sihat dan gagah. Dalaman ni dah berusia. 30 tahun usia dah dalaman kita. Yang di luar kita boleh nampak. Dalam ? 

Makan ala kadar tu oklah. Tapi kalau kita dah beli pastu nak makan segigit dua.. yang baki tu sapa nak makan ? Buang ? Kasi orang sebelah kita ? Kita nak merek pulak sakit ke ? 

Ada benda boleh tolak.. kita tolak. Lawan nafsu tu ! Tak perlu nak diikut sangat.

You May Also Like

0 comments