Aku bukan tak suka rumah terbuka tapi..

by - Isnin, Mei 16, 2022

Dapat jemputan rumah terbuka Aidilfitri samada dari rakan rakan mahupun organisasi tapi aku cam.. berat hati nak pergi. Teringin nak pergi tapi rasanya buat masa ni , aku terpaksa tolak. Nak pergi sorang sorang tu ok jer tapi aku risau terlanggar pantang bab makanan. Bukan nak sangat berketul tapi aku tahu aku punya masalah dengan perut dan juga lemah bila tengok makanan ! 

Berpada pada bila makan ? Hurm.. tu kelemahan aku ! Bila dah sedap , tak boleh nak berhenti. Bila dah jumpa kawan , payah nak berhenti berbual. Apatah lagi lama dah jumpa kawan kawan. Hurm.. Memikirkan ada 3 orang anak masih kecil di rumah.. tu yang bikin aku serba salah. Bukan saja Covid 19 tapi dengan kenaikan kes HFMD sekarang ni yang 'mencari' mangsa tak kira usia tu yang buat aku berhati hati bila ke mana mana.. 

Di gym... aku senantiasa bersihkan jari jemari. Alhamdulillah.. mereka yang datang gym pun buat begitu. Selepas guna , cepat cepat bersihkan. Ok la kan ? Aku sendiri pun pilih gym yang pentingkan kebersihan. 

Jumpa kawan kawan.. yang mana bawa anak kecil , aku pastikan aku jarak dengan mereka. Aku perlu jaga mereka. Maaf. Aku dah terbiasa. Aku takut aku jadi punca. Huhu... InshaAllah.. bila segalanya dah reda, aku ok..




 

You May Also Like

0 comments