Serbuk Halia#1 redakan gastrik dan bantu pelawasan serta keluarkan angin dalam badan ? Biar betul ??

by - Mei 10, 2022

Sejak terlibat dalam menjual serbuk Halia #1 ni secara kecil kecilan , aku belajar menghantar produk ke pembeli. Yang dekat dekat aku je la. Kenapa aku sanggup ? Biasanya mereka yang nak segera ni mesti ada masalah dengan perut ! Haaaa.. Macam aku dan isteri aku la. Masalah angin kalau salah makan ! Wife aku lak, dengan gastrik. 3 kali kena dah ! Cukup insaf dia ! 

Dah guna serbuk halia #1 ni , sebelum Ramadan lagi. Alhamdulillah.. wife puasa pun ok. Aku pun ok. Dan rakan rakan yang membeli pun kata dapat berpuasa dengan baik. Malah ramai dah membeli untuk kali kedua. Alhamdulillah.. Rasa bersyukur sangat dapat membantu mereka yang memerlukan. 

Dan yang aku perasan la.. sejak aku guna serbuk Halia #1 dan seimbangkan pemakanan aku , berat badan aku turun bawah 90kg ! Dulu sikit punya susah nak dapat bawah 90kg. Dah diet.. dah jaga makan.. bersenam , jangan cerita la ! Akhirnya, berjaya gak ! Faktor kejayaan... ialah pelawasan perut ! Jika perut lawas, memang segala dalaman akan berjalan dengan elok. InshaAllah. 

Baru baru ni.. aku bancuh protein. Aku gi letak 3 biji telur ayam. Mentah ! Pastu blend. Biasa dah buat aku dari zaman berzaman. Heee.. Tapi kali ni , aku terasa lain macam telur ayam tu ! Aduhhh.. naya ni. Jangan keracunan dah la.. Dan , betullah tekaan aku ! Perut aku terus kembung lepas tu. Memang naya tul. Terus aku bancuh air halia panas. Pastu letak jus lemon. Perah sebijik. Kasi masam kaw kaw ! Pastu minum 2 kali.. Nasib baik dapat tidur ! Kalau tidak ? Berdasarkan pengalaman lepas , memang wife aku kena tolong urut perut ! Huhuhu.. 

Dan bangun tidur, rasa sebu takda dah. Terus membuang dengan jayanya di tandas. Angin tu masih terasa sikit sikit. Keluar melalui sendawa. Dan minum lagi air halia suam panas.. Tengahari , clear dah ! Alhamdulillah. Nasib baik tak keracunan. 

Serbuk Halia #1 ni bukanlah ubat. Tapi dari zaman berzaman kita dah tau , halia ni bagus untuk tubuh badan kita. Banyak kelebihan dia. Tak kira la dibuat air atau ditambah dalam masakan. Menurut kajian pakar , jika halia segar tu, kelebihannya lain. Bila dijadikan serbuk , makin bertambah kelebihannya. Gitulah... 

Yang penting ialah.. disiplin penjagaan makanan. Bila dah ok perut tu , jangan gi bantai enjoy makan macam macam. Haish. Kalau muda lagi perut tu , lain citer. Bila dah cecah 30an usia tu , jangan cari pasal la. Cukup cukuplah dengan makan macam macam tu yer.. 





Seronok gak antar barang ni. Tapi serius penat la. Ditambah lagi dengan teriknya cuaca.. fuh ! Caj delivery pon sama macam caj pos produk tu gak. Saja nak buat kerja kerja gini. Hahaha.. Dapat gak kenal kenal orang. Gitu... 

Jika berminat untuk membeli : Whatsapp : https://wa.link/164mxs
Untuk membaca testimoni pembeli : Instagram : www.instagram.com/halianosatu

You May Also Like

1 comments

  1. tengah sakit kepala nih, tak sabar nak balik rumah amik halia

    BalasPadam