Repair laptop di OK Komputer Nilai. Memang ok !

by - Isnin, Mei 09, 2022

Dua dua laptop aku , 'bermasalah'. Aku hanya mampu geleng kepala jer. Redha. Baru nak simpan duit skit untuk masa depan. Maklumlah, katanya tahun depan bakal inflasi. Huhhu.. Maka jangan wujudkan hutang baru. Kalau dah dua dua laptop rosak , maka kena beli la yang baru. Kalau tak , camana nak buat kerja , kan ? Takkan nak aku bersara dari dunia blogging ! Gatal la jari jemari aku nak menaip.  



Kos nak repair tu , aku rasa mau gak nak RM1K. Rasanya dua dua laptop ni dah beberapa kali masuk wad. Dua dua sebab skrin. Huhuh.. Tapi nak buat camana kan ? Dah memang guna dia hari hari. Sekarang ni, Qhaliff dan Zahra ada kelas tambahan setiap malam. Belajar online bersama Flyhigh Training Centre. Banyak perubahan la sejak belajar online ni. Zahra berkeyakinan tinggi terutama dalam kelas Matematik. Tak sangka lak aku. Huhu.. Qhaliff , dalam English. 

Maka sebab itulah aku kena repair secepat mungkin laptop ni. Berapa kena bayar , aku redha je. Demi masa depan anak anak dan aku juga. Hee.. Aku kan cari makan guna laptop. Dan awal pagi tadi ,aku ke OK Komputer di Bandar Baru Nilai. Jam 10 pagi buka. Aku  suka kat sini sebab layanan dia. Harga pun murah jer bagi aku. 

Setelah diberitahu apa masalah laptop aku ni, aku pun balik. Tunggu dia mesej atau call. Dalam kepala aku, dah set RM1K untuk diterbangkan. Kalau nak beli laptop baru. ada dalam 3k gitu. Tapi rasanya tak perlu la kot laptop baru buat masa ni. Kalau boleh baiki, guna je apa yang ada. Lagi pun aku cuma nak guna untuk update blog dan kerja kerja basic. Takda la pulak nak edit video , gambar atau main game. Huhu.. 

Petang.. dalam jam 3 lebih cam tu. Aku dapat mesej. Aku segera ke sana. Setelah berpuashati dengan baikpulih , aku cuma dikenakan dalam... RM160 untuk dua laptop !! Fuh... lega sangat la aku weh !  Rezeki sungguh.. Terus batal niat nak beli laptop baru. Alhamdulillah... Katanya , mereka tak perlu gunakan barang baru untuk gantian. Maka sebab tu harga pun lebih pada kos servis je. Huhuh.. Ok la kan ? 

Syukur... alhamdulillah...


You May Also Like

0 comments