Jom kita jadi Menteri !

by - Mei 18, 2022



Pagi pagi dah redah kesesakkan di jalan raya begini ! Apa dah jadi ? Semakin ramai rakyat Malaysia mendapat tekanan perasaan. Stress... hypertension ! Keluar lepas subuh pun dah sesak. Walhal rumah ke pejabat bukan dari KL ke Kelantan pun. Haishhh.. Dekat jer ! 

Apa solusinya ? Dah ada LRT.. MRT dan sebagainya. Semua pemuh pagi pagi. Kos pengangkutan makin bertambah.. makin naik ! Dari aku usia 20an.. ingatkan ada LRT dah ok. Tapi tidak.. makin teruk jadinya. Kenapa ? Bila dihitung hitung... naik LRT atau naik kereta lagi cepat sampai opis ? Hurm..Kos lagi.. Parking.. Keselamatan kenderaan bila parking , kena tanggung sendiri. Tu satu hal lagi. 

Nak lagi syok.. datang Pak Menteri , semua kena kasi laluan terus pada mereka. Atas alasan TUGASAN NEGARA. Semoga Allah membalas 'kejujuran' kalian yang terlibat. Ingat.. setiap kesusahan rakyat , anda perlu menjawabnya di akhirat. Aku sama sekali tidak mengampunkan kalian. Kenapa ? Kamu di atas bersenang lenang anak cucu... Kami ?

Ok.. Tu satu hal.. Ni satu hal lagi.. Jalan raya banyak makin teruk ! Kekadang aku rasa macam naik kuda jer dan kekadang aku risau gak la.. enjin kereta aku jatuh  ke atas jalan raya ! Dah melompat lompat jadinya tiap kali lalu jalan gitu ! 

Pak menteri woii.. Jangan tunggu jadi rakyat jelata kembali baru nak bersuara ! Masa ada kuasa ni la gunakan apa yang ada untuk perbaiki. Hidup jangan nak membuncitkan diri jer.. Ingat.. korang kena menjawab semua ni kat akhirat. Tu pun kalau percaya la ada Hari Akhirat.

 

You May Also Like

1 comments

  1. setuju...kalau naik motor confuse ehhhh tengah bawak kuda ke apa laki aku ni?

    BalasPadam