Period pain disertai gastrik !

by - Rabu, Januari 18, 2023





Wife cuti sakit semalam. Setelah lebih 7 bulan dia tak diserang period pain dan gastrik, semalam dia tumbang. Perut kejang dan terasa pedih ulu hati. Puncanya ? Hurm... bermula dari pemakanan. Korang paham paham je la nafsu wanita tang makanan ni. Teringin sana sini. Pastu curi curi makan. Kalau dengan aku, boleh la aku kawal. Kalau aku takda ? Mesti ada punya ! Bila dah kena, masa tu kita bebel pun dia diam jer. Hahaha.. Sah sah bersalah. Menyesal ? Terbaring la atas katil tu sorang sorang ! Cakap tak nak dengar ! 

Pastu punca kedua, tekanan kerja. Yang ni aku rasa memang kawan baik para wanita yang bekerja secara profesional. Diorang komited seolah syarikat diorang punya. Sehinggalah jatuh sakit , masa tu rasa syarikat tu takde kaitan dengan diorang malah terima mesej bertanya pasal kerja. Haaa, amik kau ! Hehehe.. kan kan ? Sekadar " semoga cepat sembuh ya.." . Jauh sekali nak terima voucher makan percuma atau potongan diskaun percutian dari syarikat. Hahahaha.. Nasib la nak oii ! 

Punca ketiga... skip makan tengahari ! Ni satu kesalahan besar ! Kita stress pastu tak makan.Memang naya ke perut la. Kiranya masa makan malam nanti baru nak makan besar ! Huhh.. pastu ada cili atau pedas ! Memang meletup la asid dalam perut tu ! Tu yang kena pedih ulu hati ! 

Sepatutnya.. ketika wanita period , kena jaga emosi. Penting ni. Jangan stress stress ! Tak bagus untuk badan. Pastu bila nak makan , pastikan minum air halia suam panas dulu. Tambah la madu dan lemon skit. Tujuan untuk meredakan asid dalam perut tu. Barulah makan. Masuk dulu sayuran atau ulaman tanpa sebarang kepedasan. Ingat.. yang sedap tu rasa dari lidah jer. Pastu sama je rasanya. Yang penting khasiat dari pemakanan kita tu ada. Jangan sumbat makanan 'sampah' ketika lapar. Sian badan kita. Mahal ubat ubatan skang ni.

Untuk kes wife aku semalam , aku kas minum air halia 2-3 kali. Leganya berkurangan tapi kejang perut tu tak hilang. Dia mintak aku belikan ubat. Maka aku ke farmasi dan bertanyakan ubat untuk masalah tu. Dia kasi sejenis ubat.Alhamdulillah , lepas makan ubat tu sebiji , terus ok perut dia. Terus layan drama Korea kat Netflix.  Serik dah dia. Untuk semalam. Bila perut tu dah sembuh , hurm... datang balik perangai TERINGIN tu. 

Bab teringin ni , aku pun ada. Lelaki pun ada bab teringin sangat nak makan itu ini tapi boleh kawal. Bagi aku, memadailah makan untuk teruskan hidup dah. Tak perlu pikir makan sampai kenyang terlampau. Sangat tak selesa.

Jauhi gula ! Apa saja yang manis , jauhi. Yang ni ramai lelaki gagal lakukan. Bab minuman bila melepak. Untuk hilangkan ketagihan ni mudah jer. Jangan melepak di kedai kedai makan terlalu lama. Kalau memandu untuk jangka masa yang lama , air putih dah memadai. Mengantuk , berhenti jer. Jika amik minuman tambah tenaga , bermakna kita cari bala untuk jangka masa lama. Dia tak terus kena tapi satu hari nanti ! Tu yang ada lelaki perut boroi lain maciam walhal tak kuat makan. GULA bang.. GULA !

Ok penutup.... Jaga pengambilan makanan kita. Elakkan makan makanan viral yang boleh rosakkan diri sendiri. Ingat, bila kita sakit.. kita bukan saja susahkan orang lain tapi kita sendiri yang derita. Kesihatan , mahal harganya.



You May Also Like

1 comments