Hari ke 8 tanpa nasi ! Ujian di Nasi Ayam Mafia.

by - Isnin, Januari 16, 2023

Adik aku mesej. Katanya mak aku ajak makan di Nasi Ayam Mafia. Diorang asyik tengok aku posting di Instagram je makanan ni. Hahaha.. Dan diorang pelik aku sekeluarga gemar gi makan di sana. Apa yang menarik sangat Nasi Ayam Mafia ni ?

Aku cam.. What ??? Alamak.. apakah aku perlu sertai sama pesta makanan ni nanti ? Abang aku sekeluarga pun join sama. Diorang kaki makan. Aku sekeluarga lak, makan untuk kenyang jer. Nak jalan jalan cari makan sedap, bukan kami la. Huhuh.. Walaupun aku dulu rajin review makanan , tapi kami bukan food hunter

Aku hantar lokasi. Ajak jumpa di sana terus. Booking tempat dulu sebab atas jam 12 tengahari, tempat tu akan penuh sangat dan cuaca pun dah mula mendung. Alhamdulillah , kami sampai... orang baru nak ramai. Sup kaki ayam pun masih punya kaki ayam ! Hahaha.. Kalau tau, waktu waktu gitu tinggal sup je la.

Dapat tempat menarik. Cuaca cantik. Sejuk, Damai dan segar. Berlatar belakangkan kehijauan tanpa gangguan asap kenderaan atau pendingin udara , kami makan sambil menghirup udara segar. Baru puashati. 

Aku... makan ayam je. Nasi tak. Berjaya halang nafsu. Cuma aku jamah sedikit air cendol. Sedap weh air cendol dia ! Sagu Gula Perak dia jadi kegemaran anak buah aku. Siap tapau bawak balik gitu. Mak aku makan nasi ikan keli. Licin ! Ingatkan dia sekadar nak menjamah jer rupanya berselera sungguh.




 

Ada yang tanya aku camana aku kawal nasfu makan ? Berjaya elak makan nasi ? Mudah jer. Pertama , sebelum keluar rumah.. makan dulu ! Amik telur setengah masak atau buat air protein ditambah dengan kurma , chia seed dan oats. Memang perut akan penuh. Bila di kedai makan nanti, takda la teringin sangat nak makan nasi. 

Apa perbezaan yang aku dapati selepas diet nasi ni ? Aku rasa lebih segar di pagi hari. Tekanan darah pun cantik. Badan ringan je rasa bila bangun tidur. Mulut tak berbau. Berat badan mampu turun tapi aku tak nak turun banyak. Skit jer. Tak nak kurus. Lebih pada nak bakar lemak di bahagian perut dan pinggang. 

Berapa hari aku tak nak makan nasi ni ? Er.... inshaAllah , nanti akan mulakan semula cuma kuantiti tu sedikit jer. Ni tengah nak biasakan jer.. Tahun lepas dah buat masa Ramadan. Memang kurus abis la time tu hingga ada yang kata nampak tua. Erk... Maskulin kot ? Hahaha... 

Yang penting.. sihat ! 


You May Also Like

0 comments