Tekanan darah tinggi ? Cara untuk kawal..

by - Jumaat, Januari 20, 2023


Hari ke 12 tanpa nasi. Aku makan seperti biasa tapi cuma tiada nasi. Ada sayur, ada ayam, ikan , buah buahan dan apa saja yang aku boleh makan , aku makan. Tapi bukanlah makanan yang diproses pebuatannya seperti burger , hotdog dan sebagainya. Aku elakkan dalam masa ni. 

Alhamdulillah , tekanan darah turun. Sebelum aku buat gini, aku periksa setiap pagi.. tekanan sekitar 130/80+. Ketika PKP lepas, tekanan seperti sekarang ni tapi mungkin aku dah tak jaga sangat makan, tu yang naik balik. Nasi hari hari makan.

Maka aku periksa satu satu pemakanan aku. Satu satu aku berhenti dan akhirnya aku cuba berhenti amik nasi walaupun ada yang kata nasi tak bersalah ! Haha... Mungkin pada perut dia. Pada perut aku lain sedikit. Bukan tak boleh makan nasi tapi kena kawal. Masalahnya, aku tak leh kawal nafsu bila melibatkan nasi. Kena cari penganti nasi. 

Sesekali boleh la kot makan.. Pasni mungkin mulakan semula dengan hanya tengahari saja amik nasi dengan kuantiti yang kecil. Tak boleh dah gi makan kat kedai nasi arab. Hee.. satu dulang aku balun ! Tu aku kata, jangan mulakan ! Kalau mulakan , naya ! 

Sekarang ni aku cuma ambil chia seed + oats + whey protein di pagi hari. Telur setengah masak jika ada stok di dapur ! Hahaha.. Aparaa.. telur pun payah nak dapat. Kalau ada pun, harga serupa buah buahan import dah ! 

Bagi yang punya ada tekanan darah tinggi , cubalah buat cam aku buat ni. Cuba puasa nasi dan stop terus pengambilan gula. Apa ? Tak boleh stop gula? Lepas makan , minum air halia suam panas. InshaAllah gula akan pergi terus dari kemahuan diri. 

 

You May Also Like

1 comments

  1. Mana yg dah berdos2 vaksin tu elok lah amik ubat darah tinggi dgn cair darah. Bimbang berlaku pembekuan darah terutama yg aktif bersukan atau keje berat nanti silap hari bulan saluran darah yg halus akan meletup.

    BalasPadam