Bila pelancong China ke Malaysia awal tahun..

by - Selasa, Januari 03, 2023


Tarik nafas dalam dalam. Tenang ! Itu yang aku buat. Jika aku, dua tahun dulu mesti dah diserang anxiety! Tapi kali ni, aku redha dan tawakal. Disamping tu , aku kena berhati hati. Tingkat imunisasi badan dengan makan makanan berkhasiat dan tinggalkan makanan yang boleh merosakkan seperti gula , makanan yang diproses seperti hotdog, burger dan banyak lagi. Sesekali layan ok la. Dan banyakkan bersenam cara sihat. Tujuan bukan untuk sado tapi untuk boost pertahanan diri. 

Bab makan ni sebenarnya ramai gagal. Mereka takut diserang virus tapi tak pulak takut dapat penyakit 3 serangkai ! Kalau kita tak jaga bab pemakanan ni, perut akan dapat balanya ! Bila perut dapat bala , seluruh badan kita bakal bermasalah. Kalau mati terus , takpe. Senang cita. Tapi kalau kena ulang alik hospital... rasa rasa sapa yang bakal susah dan disusahkan ? 

Camana nak jaga makan ? Ramai yang cakap dia dah ketagihan manis. Atau nak kena makan sedap memanjang jer. Tak leh berlapar ! Erk... puasa tak di bulan Ramadan ? Boleh kan ? Kalau boleh berpuasa, mesti la boleh hindari semua tu. Maka berpuasa sunatlah seminggu 2 kali. Itu permulaan. Bila buka puasa tu, buat air suam panas. Minumlah. Nak kena ada rasa ? Tambahlah halia atau kunyit. Bagus dua ni untuk bersihkan lidah kita tu. Bila lidah dah clean , makanan yang punya gula.. kita akan terasa manis lain macam ! Itulah yang berlaku pada aku.

Alhamdulillah , aku dah berjaya elakkan gula ni yang mana satu ketika dulu, aku memang bermasalah dengannya dan kesannya, aku dapat penyakit tekanan darah tinggi ! Sesungguhnya cukup nikmat kehidupan bila dapat menjauhi semua tu ! Ada orang kata rugilah kalau tak makan semua tu ! Tapi bagi aku rugilah kita di pagi hari masih lesu.. tak bemaya serta kemalasan dek kerana apa yang di makan semalam , memberi kesan pada kita. Yang untung cumalah lidah.. yang menangis adalah perut dan bahagian lain dalam sistem enjin tubuh kita.

Jaga badan... badan jaga kita. Bila diserang virus , inshaAllah mereka kuat untuk melawan ! Ke korang nak gi cucuk dos 4 ??? Aku ? Tak pe la... cukuplah 3 ! Hahahaha.. Tu pun terpaksa ! 

Kepada Allah, kita berserah. 
 

You May Also Like

0 comments