“ Awak cayang cayer kan ? Kalau cayang , gadailah bodi .. Takpe , kita mmg pon nak kawin kan lepas PMR ni kan ?"

by - Isnin, Mei 21, 2012

 

Waduhh … aku buat status begini  di fan page aku , SANTAI BEN ASHAARI lalu adalah kawan menegur dalam ruangan tu agar aku tidak mencipta ‘situasi’ tu ..

Mak aihhh .. takkan la aku saja saja nak buat lawak kot ? Mungkin aku sampaikan dalam bentuk sinis kerana kita tak tau apa sebenarnya yang berlaku atau perbualan anak anak remaja kita sekarang ni tapi kita tau apa sebenarnya yang berlaku ..

Aku amik contoh dalam akhar harian hari ni yer.. Satu kebetulkan kah ?

“  Seorang wanita terkedu apabila menyaksikan aksi seks adik lelakinya dengan seorang remaja perempuan di atas buaian berhampiran rumahnya di Kampung Jerebun dekat sini, 25 April lalu.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamaruddin Mohd Zakaria berkata, kejadian kira-kira jam 6 petang itu turut mengejutkan pasangan itu yang asyik berasmara di atas buaian.

Menurutnya, kakak lelaki itu kemudian bertanyakan adiknya apa yang dilakukan mereka dan adiknya itu mengaku melakukan hubungan seks dengan remaja perempuan terbabit.

“Sebelum itu, remaja perempuan berumur 14 tahun yang masih belajar dalam tingkatan dua di sebuah sekolah menengah di daerah ini telah keluar dari rumahnya di Bukit Tanah, Kerandang dan pergi ke rumah teman lelakinya di Kampung Jerebun,” katanya.

Kamaruddin berkata, ketika bersembang di halaman rumah teman lelakinya, lelaki tersebut telah melakukan seks dengan remaja perempuan itu di atas buaian di halaman rumah.

Menurutnya, lelaki itu terkejut apabila apa yang dilakukan disedari oleh kakaknya yang kebetulan melalui kawasan tersebut. “

Camana tu ? Zaman ni dah terlalu terbuka dan memberi peluang pada mana mana manusia untuk melakukan ‘kesilapan ‘ serta ‘ kecuaian’ ..

Jangn ingat budak bawah umur ni tak tau apa apa..  Aku sendiri pon pernah ‘bawah umur ‘ dan tau apa cerita budak budak lelaki bawah umur ni .. Perempuan , aku tak tau la apa ceritanya ..

Sekarang ni , semua orang tak kisah budak kecik , rasa dia dah ‘cukup besar’ dan matang ! Apa kes ?  Haaa.. Jadi , tak hairanlah kes kes buang bayi ni boleh berlaku ..

You May Also Like

23 comments

  1. masa form 6 dulu fiza penah tlg cikgu handle budak2 form 1-3 yg bermasalah . dalam dewan , secara terbuka tanya .. sape antara korang yang penah tgk video lucah . percaya tak .. hampir semua dalam dewan tu angkat tangan . sedih dgn situasi ni :(

    BalasPadam
  2. haishhh!!!
    rasa sangat2 takut bila baca news tu
    astaqfirullah..
    semoga dijauhkan dari berlaku keatas anak2ku.

    rasanya, si kawan tu bermaksud agar tidak ada remaja yg salah faham akan statement en ben tu. ya lah, budak2 kan. bila baca statement gtu, disangkanya ada yg beria sokong akan tindakan dorang. tapi sebenarnya en ben nak menyindir dorang2 yg berkenaan tu, tapi tak paham2. hehhe...

    BalasPadam
  3. Begitulah manusia Abg Ben..keseronokan dunia yang dicari..keseronokan akhirat diabaikan..manusia dianugerahkan akal fikiran yang tiada bandingan tetapi manusia menyebabkan akal mereka kini seperti binatang..kerana binatang tidak mampu membezakan benda baik dan buruk..siapalah kita untuk menegur mereka..bila ditegur dikatanya kita ini berlagak alim..bila tidak ditegur..kita akan tergolong dalamam kalangan syubhah..masyaAllah..semoga kita sama-sama mampu ambil iktibar dari perkara ini..minta dijauhkan dari ahli keluarga kita..amin..

    Blog Kaki Wayang Msuk Majalah InTrend Edisi Mei 2012!

    Meh terjah..

    http://informations-the.blogspot.com/2012/05/edisi-hangat-blog-kaki-wayang-dalam.html

    BalasPadam
  4. anak dara sulung kak liza dah 16 tahun, lelaki pula dah 14 tahun... isu sensitif ni memang selalu kena siasat, perhatikan. jgn lepas tangan terlalu biarkan mereka 'menjaga diri sendiri'.

    BalasPadam
  5. Keterbukaan yang terlalu besar sangat. budak2 ni dah terlalu terdedah dengan budaya tak elok sebegini. seks sebelum kahwin.

    BalasPadam
  6. bercinta tu salah satu pendekatan nak g zina.ce bace sini :')

    http://sayaiylia.blogspot.com/2012/05/kuatkan-kami-ya-allah.html

    BalasPadam
  7. Prnh brhdapan dgn situasi dlm akhbar trsebut...

    Trnmpk ank prmpuan jiran dgn pakwe kat atas tngga sblh umah..paham2la ye..

    Bila ditegur,dijwbnya "ala,kak ni..kolot la..zaman la ni semua org wat cmni la..bkn sy sorang..nnti nk kawin,crila org yg baik2.."

    terkedu..pdhal umo br 14thn..last2 aku repot pjbt agama..amikkau..

    BalasPadam
  8. betul tu,ibu bapa pulak kasi longgar jer perhatian sama budak untuk mereka berbuat apa yang mereka nak...Mungkin remaja masa kini jadi demikian akibat terpengaruh dengan flm,video atau ajakan rakan sebaya... Ibu bapa dah makin kurang perhatian dengan anak-anak macam tu. Kadang-kadang dibiarkan aja budak itu. (erk..slm kenal yer, Bro Ben.. sy budak baru dalam dunia blog nih.huhu ^_^)

    BalasPadam
  9. kes mcm ini mmg sudah berleluasa. sy bekerja d sekolah pemulihan remaja perempuan n mostly the case is like this..remaja kita skrg ni mmg advance n 'rosak'. bukan semua tapi dalam quantiti yang besar..dunia yang merisaukan!

    BalasPadam
  10. budak2 zaman sekarang ni terlalu cepat matang and mudah terdedah dgn benda2 mcm ni...ilmu sex tu sangat senang nak dpt. teringat zaman saye kecik2 dulu....takde lah terdedah sgt dgn bende2 mcm ni...atau pon maybe kawalan parents jgk....semuanya bermaula dari didikan...

    haishh...ape laa nk jadi budak2 zaman sekarang ni....

    BalasPadam
  11. astaghfirullahalazim... macam2 kejadian budak bawah umur sekarang ni.. takut nya bila banyak gejala2 yang tak baik dah berlaku.. ish ish ish..

    BalasPadam
  12. budak2 sekarang cerdik n pandai macam2..sedar jgk sbb ayu pun masih ada adik2 kecil..kena awasi bdk2 skrg..;-)

    BalasPadam
  13. dunia makin maju..anak2 kite pun semakin maju..takut kalu pk balik..

    BalasPadam
  14. adik-adik sekarang memang advance.Maju segala bidang.hihihi.Kalau zaman saya je pon dah tahu,lagi sekarang yang ada macam-macam.Pemantauan berterusan yang perlu sebenarnya.Sangat mencabar menjadi ibu bapa zaman sekarang.All the semua ibubapa mendidik anak-anak :)

    BalasPadam
  15. astaghfirullahalazim.. akhir2 zaman ni maksiat dah berleluasa.. buat terang2an. mintak dijauhkan la family kwn2 n diri sndri dari buat perkara camni..

    BalasPadam
  16. bdk2 bwh umur sekarang terlalu berani utk melakukan sesuatu perkara tanpa pikirkan risiko yg akn berlaku..apa yg patut kita lalukan utk elakkan bnd ni berlaku kepada ramai remaja??

    BalasPadam
  17. aku pun penah jd lelaki bwh umoq ben..memang btui...kalau masa tahun 80 an - 90 an bdak laki bwh umoq dh pandai..apa lagi zaman cd lucah bersepah ni...dulu zaman tape..susah nk selit...hehe

    http://bloganakliar.blogspot.com

    BalasPadam
  18. ramai sungguh budak2 rosak akhlak skrg...sedih sungguh!

    BalasPadam
  19. pendapat saye lah kn...parents zaman sekarang ni kene bagi lebih3 perhatian kat anak2....

    BalasPadam
  20. pernah tegur budak2 sekolah rendah jangan main panjat di kawasan kantin, yelah.. kita takut dorang jatuh luka ke ape ke..

    tapi.. dorang boleh ejek balik.. fuh.. boleh tahan dorang ni.. kecik2 dah nampak kekurang ajarannya tu..

    BalasPadam
  21. sebenarnya, masyarakat kena tnya diri masing2...'apa peranan kita?'...kita tdk boleh mengharapkan guru2 di sekolah shj utk mdidik anak2....kita tdk boleh nk harapkan kerajaan utk mnangani sgala permasalahan. ibu bapa jga perlu memainkan peranan mereka. jgn terlalu mgejar kerja (duit) shinga mgabaikn anak..mmg hidup zaman skrg perlu duit utk sgala tpi biarlah berpada...masyarakat juga perlulah cakna.."jangan jaga tepi kain org" utk zaman skrg dh KURANG relevan, kita kena jaga tepi kain org (jgn sampai masuk dlm kain sudah la) serta tepi kain sendiri supaya kes2 seperti berita di ats dpt di hindari. Hidup di planet bumi ini ssgghnya saling berkait antara satu sma lain, hari ini mgkn hari depa...masa2 akn dtg mgkn pula hari kita. "demi masa, ssgghnya manusia dlm kerugian...melainkn yg berpesan2 utk kebaikkn & beramal soleh"...kita sedar ttg firman dan pesan Allah SWT ini, tapi penah kah kita mengaplikasi ia dlm hidup yg dipinjamkan ini?

    BalasPadam