Dulu anak anak mengata mak ayah ! Sekarang diorang terjebak sama.
Dua drama bersiri dari Korea yang sesuai untuk ditonton seisi keluarga. The Trauma Code dan Study Group ni masing masing ada kekuatan tersendiri membuatkan masing masing tak duduk diam depan tv terutama anak anak. Bila tamat satu episod , meminta nak menonton lagi tapi aku tak kasi. Satu hari , satu atau dua episod saja boleh tengok. Tu pun bergantung pada masa. Tak boleh lebih jam 11 malam.
Bagusnya dua dua drama ni takda la menonjolkan sangat hero atau heroin yang kacak dan cantik lain macam. Kekuatan pada jalan cerita dan juga skrip yang melucukan. Jadi anak anak takda la boring menontonnya.
Kalau korang tanya aku mana yang best . aku akan kata Study Group lebih menarik berbanding The Trauma Code yang dikatakan telah pun memintas kepopularitian drama Squid Game. Masing ada kekurangan pada drama kedoktoran ni. Study Group ni , dah boleh level cerita Tamil bila masuk babak bergaduh. dia. Hahaha.. Bak kata Zahra la.. ni kan cerita je ! Haa.. layankan je la.
The Trauma Code , kekuatan pada karektor Dr. Baek yang penuh dengan ketegasan tapi masih ada taman dalam hatinya. Segalanya bersebab kenapa jadi macam tu. Manakala Study Group lak mengisahkan seorang pelajar yang bersungguh sungguh nak berjaya dalam pelajarannya tapi rezeki belum memihak padanya. Kelebihnya ialah dia pandai bergaduh ! Gitu...
Oh ya... Study Group belum abis la sirinya. Heee.. Korang layan la dulu The Trauma Code. Abis dah semua episod. Aku leh kasi dua dua ni 8/10 la gitu..
0 comments