Betul punya berehat kali ni !

by - Isnin, Februari 24, 2025


Alhamdulillah. Sesungguhnya sebenarnya aku sangatlah penat fizikal dan mental. Allah Maha Mengetahui. Nak luahkan tak terluah sebab ramai ingat aku macam fit jer walhal sebenarnya aku dah cukup penat. Hahahah.. 

Sekeluarga ke sini kali ni dan aku benar benar manfaatkannya. Gym takda.. Aku cuma mampu berjalan dan buat senaman ringan je di sini. Dalam erti kata lain.. aku makan , tidur , berjalan , berak , makan dan tidur lagi. Pantang baring skit je , terus lena. Haaa.. Makan banyak tapi aku fokus pada makan fiber dan protein. Alhamdulillah.. rezeki sekeluarga. 

Walaupun biasanya aku balik kampung dan berehat di sana tapi sejak aku tahu selok belok ke Kota Bharu tu, aku tak dapat berehat pun ke sana. Awal pagi lagi dah keluar rumah dan tidur juga di malam hari. Berbeza dulu yang aku malas nak ke Kota Bharu.. hahaha... Memang tak bergerak langsung. 

Bayangkan kalau gi gym pun dah rasa lemau. Tengok besi pun dah bosan. Tak tau nak buat apa.. Haa , kali ni aku benar benar dah recharge 100%. Dan bersedia untuk hadapi Ramadan. 

Cuaca cantik seminggu ni. Tiap pagi bangun dapat berjalan. Tengahari.. petang. Dapat tengok bintang bertaburan di langit. Anak anak pun gembira dapat tengok laut membiru dan kedamaian suasana sebelum kembali sibuk di sekolah. 





 Aku rasa.. dua hari ni bikin aku berlemak semula. Hahahha.. Tak pe la. Ramadan ni kita kasi hilang balik lemak lemak tu yer..

You May Also Like

1 comments

  1. Wah, Alhamdulillah, seronok bercuti dengan keluarga. Alhamdulillah, puasa jom pulun!

    BalasPadam