Bila pasangan korang tak berminat nak jaga kesihatan !
Alhamdulillah.. Jumaat sudah. Hari hari yang mendebarkan sudah aku lalui. Sebelum ni aku asyik terfikir bagaimana nak uruskan si abang yang bersekolah menengah. Aku uruskan pergi dan balik ke tiga tiga anak aku ni. Wife , aku suruh dia fokus dalam persiapan persekolahan seperti makan minun dan pakaian serta dokumentasi online mahupun offline.
Seronok sebenarnya bila menjemput anak anak di sekolah ni. Aku akan berjumpa macam macam orang. Berbual macam macam isu. Yelah , aku kan tak gi pejabat dah. Dunia aku agak terhad sudah. Jarang nak jumpa orang luar dan berbual. Tapi aku suka je begini. Kurang skit masalah kehidupan aku. Hahahaha..
Semalam... aku berbual dengan dua orang. Sang isteri dan sang suami. Di waktu yang berbeza. Tajuk perbualan kesihatan. Kisah satu.. ketika menunggu Zahra keluar sekolah, aku terpandang seseorang yang aku kenali. Kelihatan dia sedang memicit micit dahinya.
" Sakit kepala ? Angin kot ? " tanya aku dan dia pun menjawab. Dan di situlah aku dapati masalah utama dia mendapat sakit kepala tu berpunca dari gaya hidup. Menurutnya dia menjaga pemakanan tapi suaminya tu yang sedikit payah nak jaga makan. Tabiat sang suami membuatkan si isteri lama lama terikut caranya.
Aku pun memberikan sepatah dua kata seperti biasa la. Aku bukanlah pakar tapi aku tak nak la orang jadi macam aku , satu tika dulu. Aku suruh dia bawa suami dia buat full medical check up. Nanti suami dia akan tau apa masalah dan manalah tau kan.. dia nak berubah ! Bukan apa.. kesian kat anak anak jika mereka pun terikut gaya hidup kita. Tu pasal nanti jadi kata ini penyakit keturunan !
Nak dijadikan acara wajib bila cuti.
Petangnya , aku gi jemput si Qhaliff lak. Seperti biasa, aku akan menunggu di taman bersebelahan sekolah dia. 40 minit ! Tapi aku ok jer sebab aku boleh berjalan kaki di situ. Nak capai lebih 10 ribu langkah sehari , setiap hari. Heeee...
Dan semalam , aku berkenalan dengan seorang lagi yang menunggu di situ untuk menjemput anaknya. Berbual isu kesihatan juga. Dia masih muda tapi kena strok selepas PKP dan terpaksa berhenti kerja atas sebab kesihatan. Walaupun sudah pulih tapi dia 'bermasalah' pada mengimbangi diri. Strok yang dia kena tu memberi impak pada otaknya.
Perbualan berterusan hinggalah ke bab pemakanan. Katanya dia berjaya turunkan berat badan dari 130kg ke 110 kg tapi sayangnya... Haa.. di sinilah punyanya. Aku tak nak la cerita kat sini. Nanti risau secara tak sedar akan mengaibkan orang tapi itulah... Jika pasangan kita tak berminat untuk turut menjaga kesihatan dan pemakanan , seluruh keluarga akan terkesan.
Sebelum pergi.. aku berikan beberapa tips dan nasihat. Aku tunjuk gambar aku dulu. Aku bagitau pada dia , yang aku juga bermasalah dulu tapi kita kena disiplin dan ubah gaya hidup. Kerana Allah...
Nasihat aku pada korang.. jika pasangan korang jenis tak nak jaga kesihatan , korang jangan ikut. Bukan apa.. kalau kita sakit , kita sendiri derita. Dia tak nak jaga.. dia punya pasal. Fikirkan anak anak kita.. Apakah mereka nak membesar dengan cara begitu ?
0 comments