Dari Swiss-Bellhotel , Kuantan ke Holiday Villa , Cherating.
Menikmati kehidupan. Seminggu lebih aku tak update blog. Saja gitu. Nak rehatkan kepala otak kali ni tanpa membebankan fikiran. Kalau dulu, kena bawak kamera bagai.. sibuk nak update blog setiap masa tapi kali ni.. biarlah. Cukup cukuplah 10 tahun aku buat gitu. Nak tenang tenang ngan keluarga lak sementara diorang masih kecil dan nak mengekor kita.
Ok.. percutian kali ni , wife aku yang uruskan. Sejak sejak aku dah malas nak amik job travel dan review makanan ni , maka takda la jemputan ke hotel hotel lagi dah. Lagi pun aku malas nak buat video video yang bikin orang gempak dan tertarik tapi...
Destinasi utama , ke Kelantan tapi nak singgah Pahang untuk bercuti. Pilihan , Kuantan dan Cherating. Dua tempat ni memang best bagi aku. Kalau ke Utara, aku suka Kedah dan Perlis. Aku suka pantai belah pantai timur ni sebab landai. Pastu bila matahari terbit atau terbenam, kelihatan cantik sekali. Tenang dan damai rasa. Ditambah pula rezeki kali ni, cuaca cantik dengan angin yang cukup nyaman sekali. Rezeki..
Apa yang menarik di sini ? Banyak sebenarnya. Ramai dah buat content. Korang kena rajin mencari jer. Ikutkan aku, nak bawak anak anak naik bot menyusuri sungai di sini sebelah siang dan malam tapi diorang tak nak. Nak mandi kolam dan main kat pantai. Aku turutkan je la. Hee.. jimat duit. Hahahaha..
Bilik di Swiss-Bellhotel ni memang puashati la. Tapi kali ni aku tak menginap kat sini. Aku sekeluarga amik AirBnb terus. Boleh masuk 2 keluarga sekali. Jimat banyak. Dalam RM500 gitu. Pastu nak makan, bersepah kedai makan depan hotel. Jalan kaki dalam 200-300 meter je gitu. Kalau malam jalan kaki, pergh.. macam kat Jepun je.. Sejuk !
Awal pagi.. briskwalk lepas subuh. Masjid pun dekat jer. Nak sarapan pagi pun banyak dah kedai buka. Sedap sedap menu pagi. Hahaha.. Cuma aku tak la makan. Aku nak terus ke tengahari gitu. Bakar lemak lemak yang ada dulu.
Check out.. gerak ke Cherating lak. Ke Holiday Villa lak. Sini ikutkan kalau stay kat Vivilla , sangat puashati tapi harga dia tercekik gak la. Jadi amik bilik hotel yang boleh masuk 2 keluarga juga. Jimat ! Cuma bilik lama tapi bersih. Tak kisah la..
Yang best sini ialah kolam mandi dan pantainya. Allahuakhbar.. Korang yang nak healing healing tu, sesuai la melepak sini. Pagi , tengahari , petang atau malam.. memang cantik. Cuma jangan hujan je la. Heee..
Alhamdulillah.. Rezeki sungguh. 2 hari , tak hujan. Bila nak gerak ke Kelantan , baru hujan turun. Segala perjalanan , Allah permudahkan. Sampai di Kelantan pun selamat. Seminggu di sana. Banyak aktiviti. Aku, seperti biasa.. ke gym di Kota Bahru selepas solat subuh. Walaupun perjalanan mengambil masa 40-50 minit , aku redah juga demi menjaga kesihatan. Hahaha.. Ok tak alasan ? Saja tukar angin gym..
Selain gym, main badminton dengan ipar duai. Anak anak buah pun join sama. Besar besar memasing. Tunggu si Aariz lak pandai main. Kena hantar gi kelab badminton gitu. Hahaha.. Bapak ajar, melawan. Malas nak bergaduh. Hahaha..
Kali ni , percutian aku rasakan sangat berbaloi berbanding dulu.. Kalau balik , mesti abiskan masa di rumah jer. Jadi cam.. boring. Aku rasa aku makin selesa kot di Kelantan ni. Hahahaha.. Apakah aku akan bersara di sini ???
0 comments