Cepat masa berlalu. Hargai setiap detik detik yang ada !

by - Rabu, Februari 19, 2025



Sekejap je si abang masuk sekolah menengah. Tak hantar pun ke asrama atau sekolah jauh jauh. Biar je masing masing membesar bawah ketiak mak ayah dia. Kalau nak berdikari , kat rumah pun boleh didik mereka untuk berdikari. Di sekolah biasa pun ada cabaran tersendiri. Pengalaman mendewasakan kita semua. InshaAllah. Lagi pun aku ada kat rumah kan ? Kalau pakat pakat hantar gi asrama , aku nak buat apa lak ? Bosan lak aku nanti. Hahahaha.. 

Korang yang ada anak kecil tu, jangan la mintak diorang cepat membesar. Hahaha.. Nikmatilah setiap saat bersama mereka. Sesungguhnya hari hari yang terlepas , tak boleh dikembalikan. Kalau masih berdukung , dukunglah puas puas. Kalau masih berpipi tembam , ciumlah puas puas. Kalau masih tak reti bercakap , bergelaklah bersamanya. Jangan terlepas saat saat begitu. Bila mereka dah reti bercakap , reti nak malu.. hurm... 

2 orang sekolah rendah. Sorang sekolah menengah. Hurm.. Pengalaman baru untuk aku sebab si abang sekolah lain. Alhamdulillah, rezeki sebab dekat dan mudah untuk aku uruskan pergerakkan pergi dan balik.  Hari pertama je sedikit kalut. Tu pun sempat aku gi hiking ngan wife. Heee..

Bila tengok gambar diorang masa kecil dul, tak sangka masing masing dah besar panjang. Si Zahra pun dah mula sibuk nak mencantikkan diri. Si bongsu dah siap pakai perfume bila gi sekolah. Si abang je serupa macam baby baby lagi. Hahahha.. malas nak berdandan bagai. Sekarang aku faham maksud kawan kawan , 'rindunya bau baby..' ! 

Hari ketiga persekolahan.. 

Ketika aku menunggu si abang balik sekolah, aku berjalan jalan di taman berhampiran sekolahnya. Kemudian aku disapa seorang lelaki yang aku rasakan umurnya hampir 60 gitulah. Dia tanya aku mengenai arah di situ...

" Jalan tu menuju ke mana ya ? tanya dia. 

Aku bagitau la panjang lebar. Dia kata dia nak ke Kota Warisan. Aku tergamam. Apa dia buat kat sini ? Walaupun Kota Warisan tak jauh dari situ tapi dengan keadaan sesak setiap petang , berpeluh gak la nak harunginya walaupun berkereta. 

" Ooo.. saya tunggu anak. Tinggal di sana. " jelasnya. Aku cam.. Hah ??? Jauhnya. Aku yang hanya 5 minit dari rumah pun dah rasa cam jauh.. dia apatah lagi ! 

Dia pun bercerita. Dia tak nak masukkan anak dia ke asrama kerana masalah zaman sekarang. Dulu dia bersekolah di salah sebuah sekolah berasrama penuh yang cukup popular di Kuala Lumpur. Zaman 70an. Katanya , zaman tu pun dah ada isu 'adik angkat jambu' walhal sekolah lelaki ! Biar besar sedikit dah boleh jaga diri , barulah dia masukkan ke asrama. Tunggu tingkatan 4 nanti. Biarlah membesar depan mata dulu buat masa sekarang. 

Aku angguk tanda setuju. Hurm... Kemudian kami berpisah. Dia teruskan berjalan membakar kalori , seperti aku juga sementara menanti anak masing masing keluar dari sekolah. Tengok jam ada lagi setengah jam sebelum waktu pulang ! Hahahaha.. Hari hari aku beginilah jawabnya. 40 minit menanti si sulung abis sekolah. Dari sekolah ke rumah , cumalah 5 minit ! Dekat tapi kalau aku datang lewat.. tiada parking untuk aku jawabnya. 


You May Also Like

0 comments