Memanjat bukit 527 di Bandar Baru Salak Tinggi, Sepang.

by - Rabu, Februari 05, 2025

Lama dah teringin nak naik bukit ni sejak PKP. Waktu tu dah kecoh la ramai penduduk sini naik turun bukit ni. Kasi hilang stress gitu ! Maklumlah, tak leh rentas daerah. Jadi main dekat dekat je la. Huhuh.. Tapi aku tak berani nak naik sorang sorang. Maklumlah , bukan kawasan permainan walaupun hari hari aku lalu sini. 

Dan baru baru ni , kawan aku bagitau otai otai hikers buka trail kat sini ! Wahhh.. macam macam diorang buat untuk memudahkan dan menjadikan trail ni laluan mesra keluarga. Alhamdulillah.. Banyak pahala diorang . 

Tak lama kemudian , viral dah di media sosial. Hujung minggu , memang penuh la orang datang. Untung aku cuma perlu jalan kaki je dari rumah. Rezeki. Untuk pengetahuan korang ,  sebelum ni aku ke Bukit Melati jika teringin nak berpeluh lencun. Rasanya selepas ni tak perlu dah la ke sana. Main depan umah pun ok dah. Anak anak pun suka ! 

Pintu masuk. Nak tenang tenang, datang hari biasa je. Kalau hujung minggu , memang pakat macam gi mall la ! 

Rasanya kalau takda pembangunan terbaru , bukit ni lebih sejuk ! Dulu awal pagi dah meriah dengan kenyamanan dan kedinginan. Tapi itulah... manusia kan ? Selagi ada tanah lapang.. diorang mesti sauk punya ! 

Jalan kaki je dari rumah.. Sini pun dah mencabar sebab naik bukit. Masa ni , masing masing belum makan. 


Bagus team Tebas Hikers ni. Diorang buat macam macam kemudahan kat sini. Sapa sapa yang datang, mesti terkejut punya ! 


Awal awalnya aku nak tengok je laluan tapi diorang dah buat petunjuk arah dan trail mesra keluarga. Pergh.. best ! Aku risau anak anak jer. Aku tak pe.. dah biasa. Eceh.. 


Alhamdulillah.. sampai ke kem diorang. Bergambar pastu patah balik. Saja tak nak maju ke depan lagi sebab plan nak naik lagi dan lagi. Biar sikit sikit kita unlocked ! Hahahaha.. 

Seronok naik ngan anak anak. Bawak je air minum. Cuaca panas tapi tak la membahang. Bila turun nanti , ada banyak tempat makan sedap sedap di Sepang ni. Boleh je redah seperti ke Nasi Ayam Mafia atau Lubooking. Eh.. ada banyak laaa.. 

Untuk ke sini , korang waze ke ke Bukit 527 , Bandar Baru Salak Tinggi. Betul betul terletak di Jalan Salak Perdana. Masuk untuk hiking , RM10 seorang. Heee.. gurau ! Freee jer ! Oh ya.. jaga kebersihan ya. Dan patuhi arahan. Jangan gatal gatal naik waktu Maghrib. Ada kes dah orang sesat. Huhuh.. 



You May Also Like

2 comments

  1. baru tahu ada tempat hiking situ hehehhe tapi tak berani la trail hutan camni ,ngilu lutut hahahha

    BalasPadam