Nak anak anak sihat , sila bersihkan dapur dan meja makan anda !

by - Khamis, Januari 23, 2025


Aku kenal roti putih ni sejak dari kecil lagi. Arwah ayah suka beli. Pastu dia akan cicah dengan Milo panas atau suam. Kemudian aku pun terjebak sama. Cuma tak la jadi kegemaran. Ketika aku bekerja , aku kerap beli roti krim 50 sen setiap hari. Wajib ! Dalam 4-5 bungkus gitu. Pagi makan 2 , tengahari 2 pastu sebelum balik 1. Masa tu gaji kecil. Mampu beli roti jer. Duit banyak abis ke kos pengangkutan ketika tu. Terpaksa ulang alik Putrajaya. Nak tak nak , terpaksa catu perbelanjaan makan pagi dan tengahari. 

Ketika anak anak mula membesar , roti serta krim krim coklat inilah yang jadi makanan mereka. Bukan apa.. teringat masa kecil dulu, aku pun membesar dengan makan roti dan krim tapi lebih pada perisa pandan atau kaya tu. Bukan coklat. Mahal coklat ! Hahahaha.. 

Wajib ada atas meja setiap hari. Malam hari , aku akan ke kedai mencari roti putih dan krim untuk anak anak. Bekal bawa ke sekolah dan sarapan pagi. Ketika PKP , lagi teruk. Memang makan setiap hari roti roti ni. 

Bukan roti jer.. susu putih pon wajib beli ! Lepas workout minum. Kononnya nak protein dan juga kalsium. Abah kau ! Hahahahhaa.. Sapa ajar pun tak tau laa ! Dek kerana makanan minuman beginilah perut dan sistem imun rosak ! 

Usus bermasalah sedikit demi sedikit. Bermula dengan sistem pencernaan. Nak membuang pagi hari pun payah. Anak anak pulak makin memboroi. Mudah jatuh sakit. Kena hujan skit pun dah boleh demam. Acaner tu ? Tak ke pelik bila jadi gitu ? 

 
Terselit juga gula yang merosakkan tubuh badan ! Dulu la.

Gaya hidup dulu. Tengok muka pun takut. Tu perutt tuu ! 

Bila aku dah faham maksud jaga pemakanan , aku terus ubah. Segalanya bermula di dapur dan juga meja makan. Tiada lagi makanan dalam plastik , kotak , tin untuk anak anak. Bermakna tiada jajan , biskut , roti atau air air manis untuk mereka. 

Atas meja makan penuh dengan buku jer. Takda lagi dah makanan. Mak diorang masak satu dua lauk je setiap hari. Ada fiber dan protein. Kalau diorang tak makan , diorang berlapar. Sampai satu tahap , diorang akan makan juga. Tak pun , aku sendiri suap. 

Apa yang berlaku bila kita ubah semua ni, sekeluarga akan turut berubah. Memang akan makan masa tapi ianya cukup berbaloi. Antaranya mereka akan tidur awal. Mudah bangun awal. Buncit perut pun tak kelihatan dah. Bila gi pasaraya, masing masing fokus pada makanan yang menyihatkan. Aku tahu.. diorang teringin nak makan macam aiskrim bagai tu. Tapi aku kasi satu soalan jer.. 

" Apa jadi kalau menda tu masuk dalam perut ? Apakah ianya membuat kita jadi lebih sihat atau ?? " 

Kita ajar awal awal dan kena ada soal jawab supaya diorang berfikir. Teringin , aku pun teringin. Maklumlah , dah tau sedap kan ? Gula ! Tapi bila tau akan mudarat pada tubuh badan.. kita lawanlah ! Bukan tak leh makan.. tapi sesekali tu ok la. Pastikan bila nak makan tu, ianya berbaloi. Kalau takat boleh jumpa di mana mana , baik tak yah makan ! Haaa.. gitu ! 

Perubahan yang kita lakukan ni, bukan saja beri impak pada mental malah fizikal pun turut berubah. Dari huduh ke hensem ! Tak caya.. cubalah ! 


You May Also Like

0 comments