Anak kerap tengok skrin gajet ? Bawa mereka periksa mata !

by - Rabu, Januari 15, 2025


Sabtu lepas.. aku bawa anak anak gi periksa mata. Maklumlah , masing masing pun dah nak masuk 10 tahun usia manakala si sulung dah nak masuk sekolah menengah. Aku kena pastikan masing masing takda masalah mata atau jika ada , aku kena ambil tindakan segera. Kalau dibiarkan , boleh melarat nanti. Tindakan awal amatlah penting ya. Satu lagi, kita kena tengok tanda tanda kerabunan yang boleh dilihat secara fizikal. 

Di Eyes Vision Group , pemeriksaan dibuat  dengan menggunakan mesin berkomputer dan  mereka ada masalah dengan silau. Si abang ada rabun sedkit. Apakah kerana faktor genetik atau kerap tengok skrin ? Hurmm...  Aariz dan Zahra ada silau. Biar diorang dengar sendiri dari staff Eye Vision kata apa. Aku cakap, diorang tak nak dengar. Nah... baru mengelupur masing masing ! 

Aku tak nak ulas sangat bab mata ni sebab dah banyak kali tulis di dalam blog ni. Cuma kalau boleh la.. mak ayah tolong pastikan la pemakanan mereka sihat dan juga jaga masa penggunaan gajet ni. Bukan apa... sian mereka kecil kecil lagi dah kena pakai cermin mata ! 

Bagi mereka yang dah kena pakai cermin mata dan nak menukarnya di tahun 2025 ni , boleh la ke sini. Ada banyak bingkai cermin mata yang menarik dan bersesuaian dengan bentuk muka orang Asia Tenggara ni. Haa , ala ala Korea punya pun banyak ada dan murah jer.. 

Jangan biarkan anak kita kerabunan. Mereka akan memberontak dalam tidak sedar. Pelajaran pun boleh merundum. Jadi malas nak ke sekolah dan malas nak belajar ! Ambil tindakan segera.. 




Keterangan lanjut , korang boleh ke : 

Eyes Vision Group 
Alamat : Ground Floor G-096, Sungai Wang Plaza, Plaza Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur
No tel : 0163636464 ( Mr.June )
Waktu Perniagaan: 11pagi - 9 malam ( Setiap hari)
Instagram : Eyes Vision Group 
Facebook : Eyes Vision Group

You May Also Like

0 comments