Persiapan kembali ke Sekolah 2025 ! Jangan tunggu lagi.

by - Selasa, Januari 21, 2025

Puashati ! 


Cuti sekolah bermula ! Alhamdulillah. Banyak perancangan dibuat sempena cuti sekolah ni tapi yang perlu didahulukan ialah pakaian sekolah anak anak ni ! Nak pakai yang lama , masing masing dah tinggi lampai. Seluar tahun lepas pon dan senteng. Si anak dara pun dah pandai berhias. Nak yang baru dan cantik cantik. Huhuh.. Si abang , dah masuk sekolah menengah. Sekejap je masa berlalu. 

Aku dan wife memang dah nampak nak tuju ke mana. Malas nak ke tempat lain. Kat Pusat Pakaian Hari-Hari semua yang wife nak untuk anak anak, ada dah dijual. Kualiti dan harga berpatutan, bagi kami la. Ditambah lagi sekarang ni dah ada pun Promosi Hari Hari Sekolah 2025 , rugi tak manfaatkan. 

Kenapa kena pergi awal ? Saiz ! Hahaha.. mengikut pengalaman sebelum ni , kalau pergi hujung waktu atau bila gaji dah keluar , memang payah dah nak dapat saiz atau kain kain pakain yang dikehendaki. Haaa.. Alhamdulillah , memang setiap bulan dah simpan duit untuk persediaan kembali ke sekolah ni. Jadi , takda masalah untuk membeli di awal waktu. Mudah ! 

Di Pusat Pakaian Hari-Hari ni, semua dah tersedia ! Dari hujung kaki hinggalah ke hujung kepala. Tanya je pada kakitangan mereka dan mereka akan dapatkan. Contohnya songkok, tudung , tali pinggang, beg , stokin , bekal makanan , peralatan menulis dan macam macam lagi. Baju seluar tu , mestilah ada kan ? Pakaian untuk sukan pun ada dah. 

Untuk pengetahuan korang , Pusat Pakaian Hari-Hari ni ada lebih  110 cawangan di sekolah negara dan semua cawangan ni  korang boleh dapatkan apa yang korang. Maksud aku , nak beli pakaian sekolah anak anak la.

Korang boleh buat carian cawangan terdekat dengan menggunakan  www.hari.com.my/locator  ni. Atau kalau korang tak berkesempatan untuk ke kedai . boleh je beli secara online di Shopee atau Lazada. Mana tau kot sibuk sangat kan ? 

Haaa.. Jangan tunggu sehingga kehabisan stok ya ! Barang baek kena cepat. 

You May Also Like

0 comments