Jom tunaikan ibadah Haji bersama MKM Ticketing Travel and Tours Sdn Bhd

by - Selasa, Januari 21, 2025

 

Sapa yang dah lama simpan niat untuk menunaikan ibadah haji atau ingin menunaikan haji lagi ? Hurm...ramaikan ? Cuma risau nak guna agensi swasta yang mana ? Risau kena tipu kan ? Heee.. macam macam cerita ada sekarang ni. Nak gi bersama Tabung Haji, belum sampai seru. Atau dah pernah pergi dan ingin pergi lagi. Dan kali ni nak pergi dengan lebih selesa bersama mereka yang tercinta atau ahli keluarga serta diurusankan oleh pengurusan yang berpengalaman dan cekap. Kan ? 

MKM Ticketing Travel And Tours sangat disyorkan memandangkan mereka punya pengalaman berbelas tahun lamanya. Pastinya mempunyai lesen pengelola Jemaah Haji yang sah dan tersenarai dalam di dalam laman web Tabung Haji yang menyediakan pakej haji swasta. Ramai selebriti terkenal pun dah pernah pergi bersama mereka. Bukan apa.. biasanya selebriti ni kan nak yang terbaik untuk mereka , kan ? 

Sedikit latar belakang syarikat ini :

MKM Ticketing Travel & Tours Sdn. Bhd. merupakan sebuah syarikat pelancongan 100% milikan bumiputra yang berlesen dan diiktiraf sepenuhnya oleh Kementerian Pelancongan Malaysia (KPL6666) dan telah diperbadankan dibawah Akta Syarikat 1965 pada 13hb Oktober 2011 sebagai sebuah syarikat berhad menurut syer dengan modal dibenarkan sebanyak RM 1,000,000.00. 

MKM Ticketing Travel & Tours juga adalah salah sebuah syarikat yang berdaftar dengan Kementerian Haji Saudi bagi menguruskan Visa Umrah dan juga mempunyai Lesen Haji daripada Tabung Haji atau disebut sebagai “Pengelola Jemaah Haji (PJH)” bagi menguruskan jemaah Haji Malaysia.

Disenaraikan di dalam laman web Tabung Haji


Bukti berdaftar ! 



Kenapa anda patut pilih MKM TICKETING TRAVEL AND TOURS UNTUK MENUNAIKAN HAJI PADA TAHUN 2025 ?
  • Pastinya ada lesen yang  berdatfar dengan MOTAC.
  • Pembimbing ibadah Haji terdiri dari mereka yang berilmu dan berpengalaman dalam mengendalikan pengurusan Haji di Malaysia dan di Tanah Suci . 
  • Mereka sangat mengutamakan kebajikan jemaah dan berusaha memastikan perjalanan yang tersusun serta cekap bermula daripada pendaftaran hingga ke lapangan terbang semasa pergi dan balik 
  • Khemah di Arafah dan Mina yang makanan/minuman dan kenderaan serta jadual pergerakan, ketibaan dan kepulangan dibawah kelolaan Mashariq. bagi melaksanakan ibadah Sunnah Tarwiyah pada 8 Zulhijjah.
  • Barang Hadiah Haji disediakan seperti beg pakaian , beg sandang , beg bimbit , beg kasut , beg & sejadah , beg uncang , tag beg & kipas tangan , buku panduan haji , bantal leher , kain ihram / mini telekung , botol wudhuk dan tasbih digital.
  • Ziarah dan Lawatan (Bergantung kepada perubahan semasa ) 
    • Ziarah Makkah: Sekitar Masjidil Haram, ziarah Hudaibiyah dan Jaaranah.
    • Ziarah Madinah: Sekitar Masjid Nabawi, ziarah Quba’, Uhud, Khandaq dan kedai kurma.
    • Lawatan Luar: Lawatan luar bagi majlis makan dan ceramah agama 
  • Pengajian Kelas Agama
    • Kursus Haji Intensif di Tanah Air sebelum berangkat ke Tanah Suci
    • Kuliah agama dan ulangkaji Manasik Haji sepanjang berada di Tanah Suci
    • Soal jawab Haji di bawah bimbingan Guru Agama sepanjang ibadah Haji

Kelebihan MKM TICKETING TRAVEL AND TOURS ?

Kemudahan para jemaah adalah keutamaan mereka seperti ; 
  • Umrah : Jemaah dibawa ke Miqat bagi Umrah tambahan ketika Ziarah.
  • Hotel : Jarak dekat ke Masjid, mempunyai ruang legar, dewan makan dan Pejabat Urusan.
  • Kargo : Perkhidmatan Kargo disediakan di hotel Mekah dan Madinah.
  • Takaful : Pelan Perlindungan Takaful berkelompok (tertakluk pada terma & syarat syarikat takaful). Bagi yang berumur 65 tahun ke atas, insuran ini tersedia sebagai pilihan (dengan kos tambahan).
  • Kursus Haji : Kursus Haji Intensif di Tanah Air dan ulang kaji di Tanah Suci. Kursus secara online juga disediakan.
  • Sajian Makanan : Masakan secara buffet Asia 3 kali sehari di Mekah dan Madinah.
Ok ? Sekarang part pakej pakej haji 2025 yang disediakan oleh pihak MKM ni. Ada 


Pakej Haji Swasta dan  Premium dari MKM

Bagi yang berminat untuk menunaikan ibadah haji bersama mereka , MKM menyediakan beberapa pakej mengikut kesesuaian mereka.  Antaranya ialah Pakej Salam , Pakej Salam Plus , Pakej Safa ,  Pakej Menara Jam dan Pakej Firdaus. 

Pakej Haji Premium 2025







* Untuk mereka yang sedang mencari Pakej Haji Swasta 2025  , tawaran & slot amat terhad!


Info lanjut : 
MKM TICKETING TRAVEL & TOURS SDN BHD 
Star Avenue Commercial Centre B-29, Jalan Zuhal U5, 179, Seksyen U5, Bandar Pinggiran Subang, 40150 Shah Alam, Selangor.
Telefon : 03-7831 6740 / 03-7831 3740 / 019-700 0079 
E-mel : haji@mkm.my 
Laman Web : http://www.mkm.my

You May Also Like

1 comments

  1. pakej dia bagus yaa boleh pilih ikut kemampuan dan fast line dari tabung haji

    BalasPadam