Kenapa nak racun anak sendiri ?
Dulu aku tak kisah. Bagi aku semua makanan sama je. Kalau tak , kenapa mereka jual secara terbuka dan ramai membelinya ! Kan kan ? Haaa... Dah la murah pastu kalau baca kat label, siap ada khasiat lagi. Pelbagai vitamin serta protein ! Perghh.. katanya la.
!0 tahun dulu aku percaya la. Aku belikan makanan sebegini pada anak anak. Ajar diorang makan makanan segera ! Katanya inilah makanan kegemaran aku ketika kecil dulu. Hidup je lagi ha ! Kan ? Malam malam , gi cari makan lagi sebelum nak tidur. Kononnya nak eratkan kekeluargaan dengan lepak malam malam.
Amaran pertama dikeluarkan ! Si anak dara masuk wad dek kerana batuk selsema tak henti henti. Dah kena jangkitan kuman dalam paru paru ! Allahuakhbar. Tapi masa tu belum sedar lagi puncanya. Aku tak terfikir pun camana boleh sampai lama dia batuk berkahak tu. Seminggu dalam wad, Alhamdulillah.. dia ok.
Amaran kedua.. wife kena gastrik teruk. Aku sangkakan itu memang penyakit dia. Ramai wanita ada dan ianya normal. Dan amaran ketiga , aku kena gerd dan anxiety ! What ??? Anxiety??? Apakah aku boleh kena ? Macam tak percaya. Selama ni aku baca kisah orang jer. Tapi bila kena kat diri sendiri... baru aku buat sedikit kajian.. Apakah puncanya ? Aku boleh kena gerd ? Bukan ke aku rajin bersenam ?
Rupa rupanya.. segala berpunca dari gaya hidup aku zaman muda hinggalah membawa ke anak pinak. Sebab tulah kata orang.. penyakit ni penyakit keturunan ! Bukan genetik 100% tapi sikap mak ayah yang suka membeli dan membawa pulang makanan untuk anak anak. Anak anak gembira dapat makan. Seronok sakan. Tapi dalam senyap , kita meracun mereka !
Kita imbas kembali zaman nenek moyang kita. Apasal kita bagi anak anak makan makanan begitu ? Mereka bukan perlu nak makan sedap pelbagai perisa. Mereka cuma nak makan dan bermain. Bandingkan anak anak zaman dulu dengan sekarang. Gebu gebu kan ? Malas nak bergerak. Nak duduk depan tv atau gajet. Layan skrin ! Salah sapa ????
Sampai bila nak ubah ? Tak kesian ke kat mereka. Ayuh kita bersihkan dapur dan meja makan kita. Pastikan takda racun. Bila keluar ke mall , tak perlu la nak belikan makanan yang menguntungkan mereka yang sendiri pun tak makan atau minum ! Fokus pemakanan sebenar lagi menyihatkan.
Makanan sihat mahal ? Yang kau gi cari makanan mahal tu nape ? Pastu kita bukan kena makan sampai 3-4 kali sehari. Memadai la 2-3 kali jer.. Tu pun sekali je makan berat... Ubah sebelum terlambat.
0 comments