Azam 2025 ?

by - Sabtu, Januari 04, 2025

Sebelum zaman PKP dan selepas PKP

Permulaan 2025 !

 Azam 2025 ? Hurm... sejujurnya la kan , aku nak perbaiki diri aku dari sudut ibadah dan juga pendapatan keluarga supaya anak anak dapat pendidikan yang sebaiknya. Tapi aku tak nak la sampai ketepikan soal keberkatan dan juga kejujuran dalam mendapatkan sumber rezeki tu. Biarlah sedikit tapi hati tenang. Zaman ni ramai makin mengila. Tak kira dah halal mahupun berkat ni. Tak pe.. part ni kepada Allah , kita serahkan. Sapa aku nak menilai rezeki orang lain kan ? Sendiri jaga periuk , sudah la. 


Selain tu.. aku masih nak meneruskan kerja kerja kesedaran bab pemakanan dan kesihatan ni. Bukan apa.. aku kesian tengok anak anak zaman sekarang ni. Mak ayah tu, lantak pi la. Diorang cakap camana pun, masih berpegang pada ' Alaa.. bukan selalu pun ! ' . Tapi bila jatuh sakit , masa tu baru nak mengelupur ! Walhal dah pesan berkali kali dah... 

Bersihkan dapur... almari makanan dan peti ais ! Pastikan takda makanan minuman yang dibuat manusia , berulang kali prosesnya ! Contoh ? Biskut.. roti krim.. roti putih yang bahan buatanya , macam macam ada ! Aduh.. semua tu masuk dalam perut kita woi ! Korang rasa, diorang yang kaya raya ni makan tak makanan gitu ? Takda wehhh.. diorang makan makanan yang jauh lebih sihat ! 

Kita ni ada pilihan sebenarnya.. Ada yang kata makanan sihat ni mahal ! Mana ada mahal. Gi la makan nasi campur tu. Ambil lauk pauk yang diperlukan saja. Jangan ikut nafsu. Pastu makan kita 2 kali sehari memadai dah. Ni sampai ke malam hari pun masih nak melantak ! Kalau boleh , sambil tidur pun nak mengunyah lagi. Haish.. 

Makanan sekarang ni kalau korang perasan laa kan.. Bikin manusia jadi obes ! Yang perempuan , susah nak mengandung. Yang lelaki, malas nak bergerak ! Sampaikan nak gi kedai depan umah pun kalau boleh, guna motor atau kereta. Malas nak berjalan. Apa cerita ?? 

Ok.. aku malas nak cerita panjang. Alhamdulillah... kalau di Threads , aku dapati ramai nak berubah sikap. Nak jaga kesihatan. Kat situ kurang lalu makanan minuman viral buat masa ni. Aku tak tau la Ramadan nanti camana.. Hahahah.. Harapnya berterusan la gitu. 

Dan yang nak mula ubah tu.. teruskan ! Jangan tengok cermin. Korang kasi seminggu dua dulu. Ubah selera makan dulu. Bila selera makan berjaya dibendung, korang akan dapat kesan pada pinggang seluar. Jika dah mula longgar.. Terbaik. Jika makin ketat.. tak pee.. Cuba lagi ! Teruskan usaha. Lawan nafsu syaitan tu. Kasihan pada usus, perut , hati kita ni. Diorang nak kena proses macam macam. Diorang sangkut , kita susah woii ! Seluruh tubuh akan bermasalah ! 

You May Also Like

0 comments