Pelan aktiviti bakar lemak di bulan Ramadan kali ni.
Alhamdulillah. Ada rezeki aku berpuasa kali ni bersama sama keluarga tercinta. Allah panjangkan usia aku hingga ke Ramadan tahun ini. Syukur kepada Allah. Maklumlah , di usia cam aku ni , ramai dah dijemput pulang ke sisiNya. Moga Allah panjangkan umur kita untuk kita terus sujud kepadaNya.
Ok.. Ada yang tanya aku camana aku punya pelan membakar lemak kali ni ? Untuk tahun lepas , aku gi gym pagi dan petang. Ianya berbaloi tetapi ada kesan buruknya. Terlebih guna otot la pulak. Tu pasal kerap aku gi fisioterapi dan mereka kata menda yang sama. Overuse muscle ! Otot tak sempat nak pulih gitu ! Huhuh..
Jadi untuk tahun ni.. aku cadang nak buat dua bahagian. Sebelah paginya , aku nak angkat beban saja dengan bebanan setengah kurang dari biasa. Contohnya kalau tak puasa , 40kg tapi puasa ni , aku cuma angkat 20kg jer. Dan setiap reps tu aku rehat lebih panjang dari biasa. Waktu di gym pun , aku hadkan ke sejam saja.
Manakala petang sejam sebelum berbuka atau selepas amik anak anak pulang dari sekolah , aku nak briskwalk mendaki atau gi naik bukit sekejap. Sejujurnya terasa banyak kesan pada bahagian lemak perut. Guna banyak tenaga jika naik bukit ni disamping lutut dan peha rasa sangat sedap kat mantap !
Bila kita fit, nak solat subuh berjemaah di masjid atau surah pun takda masalah.
Naik bukit selepas jam 8 pagi untuk curi vitamin D dari matahari
Kuatkan otot sangat penting bila usia dah lebih 40an.
Superfood ni wajib ada setiap hari ! Sehari , 20 biji untuk aku saja.
Penat ? Dahaga ? Lapar ? Ini memang akan terasa selepas latihan dibuat. Tambah tambah lagi aku memang banyak bergerak sebab tugasan menguruskan anak anak pergi dan pulang dari sekolah. Bagaimana nak kembalikan tenaga selepas bersenam ??
Pastikan lelapkan mata dalam 10 minit gitu. Dapatkan deep sleep sekejap jer ! Cukup dah. Jangan terlebih pula. Nanti jadi lebih letih. !0-15 minit cantik dah. Pastu boleh sambung aktiviti kembali. Kalau tak dapat tidur , memang akan kacau punya ! Dia punya ngantuk pastu memang tak leh dibawa berbincang. Jika memandu.. memang bahaya !
Jika bekerja , masa rehat tu, gi la lelapkan mata sekejap. Bukan perlu lama pun. Mata tu penat sebenarnya. Perlu rehat seketika. Penting tu.. Jangan sibuk nak gi shopping awal awal Ramadan ni. Tak penting semua tu. Hujung hujung nanti , boleh je buat. Stok jualan banyak lagi.
Ada yang tanya kenapa aku beria sangat ? Kalau korang fit badan.. percayalah yang korang akan rasa lain macam sangat korang punya tenaga dan semangat. Tak terasa tua pun malah aku rasa , lebih bertenaga dari mereka yang muda muda tu !
Dan jangan lupa.. tidur awal.. bangun awal ! Selamat berpuasa ya.
1 comments
Mampu kah nak exersice juga bulan puasa, planning je hahahaha, salute la dengan Abg Ben!
BalasPadam