Camana nak ajak anak anak gi solat subuh berjemaah di masjid atau surau ?
Soalan yang aku rasa aku tak layak pun kasi jawapan. Aku bukanlah baik mana pun. Aku sendiri sedang berusaha menjadi orang baik baik. Rezeki aku , Allah jodohkan dengan wanita yang aku doakan setiap hari sejak dah tau aku boleh menikah ! Gitulah..
Sebenarnya aku dah taip panjang untuk bercerita tapi aku delete. Tak perlu la kot nak buka cerita lama. Kan kan ? Cuma aku leh berkongsi la sedikit apa yang aku tau. Jika nak didik anak anak ni , segalanya bermula dari doa mak ayah. Dalam kes aku ni , sang isteri memang tak pernah lepas la berdoa agar aku nan anak anak berjemaah di surau dan masjid. Hahahaha..
Alhamdulillah.. Allah makbulkan. Mulakan dengan pergi berjemaah solat Maghrib dan Isyak. Duduk dengar kuliah dan senantiasa berdoa supaya hati tidak dibolak balikkan. Mula mula bawa si sulung dulu ikut. Cerita la pada dia kenapa dan mengapa perlu gi berjemaah di masjid atau surau. Pastu rajin rajin tengok video pasal agama bersama dan bercerita.
Dan satu lagi kelebihan aku ialah aku hantar dan jemput mereka ke sekolah. Dalam kereta , aku bercerita mengenai kehidupan aku dulu. Cerita kisah kisah Nabi pada mereka sampaikan Qhaliff cakap kat aku , aku lebih banyak bercerita berbanding ibu. Diorang kurang tahu pasal ibu diorang sebab sang isteri ni memang suka berahsia. Tak suka cerita hal hal lepas. Gitulah..
Peluang Ramadan ni sebenarnya nak ajar anak anak gi solat berjemaah sebab lepas bersahur tu , teruslah ke sana. Begitu juga selepas berbuka. Utamakan solat berjemaah berbanding di rumah kecuali perempuan.
Kita kena rajin bercerita pada anak anak. Diorang ni suka dengar cerita dari kita. Pastikan kitalah guru mereka ! Pengalaman hidup kita itulah sebenarnya berharga buat kita dan kita jadikan sempadan kehidupan bersama.
Semoga Allah permudahkan urusan kita..
0 comments