Jaga pemakanan bermula dari kecil lagi !
Termenung... Teringat perbualan aku di whatsapp dengan arwah. Dia menyesal dengan gaya hidupnya yang dulu amat gemarkan makan makanan yang manis dan tidak sihat. Dan benarlah kata orang tua, nanti masuk 40an , akan terasalah kesan buruknya.
Sejujurnya , aku juga dah lalui. Zaman muda , ikutkan nafsu serakah bab makan. Tak kira sihat atau tidak. Berpegang pada asalkan bersenam, inshaAllah ok jer ! Atau ikut had. Hurm... ikut had ? Kalau dah makanan tu tak sihat dan masuk ke dalam perut , apakah dia akan keluar esok hari ? Adeh...
Makan main belasah terutama bila mereview makanan. Tak kira waktu. Pagi , petang , malam.. ambil je job. Sementara tengah laku. Hahahah.. Adoilah. Kesudahannya , perut bermasalah. Ingatkan biasa biasa jer.
Ramai macam ni. Bila kita diberi amaran , kita sombong. Angkuh. Riak ! Antara alasan.. ala , bukan selalu atau pun jawapan skema , rezeki Allah.. jangan tolak ! Adeh.. sedangkan Allah juga memberi kita otak untuk berfikir baik dan buruk.
Makan memang sedap terutama jika diberi pada anak anak kita. Mereka ni memang tak tau apa apa. Apa saja yang mak ayah kasi , diorang makan dengan beranggapan apa yang mak ayah kasi tu adalah yang terbaik untuk mereka. Dan akhirnya, jadi tabiat hinggalah ke besar. Kesudahannya.... Hurm.
Dulu aku macam tu pada anak anak. Tapi dah 3 tahun aku ubah gaya hidup keluarga aku. Bila gi pasaraya atau mall , anak anak aku ada meminta nak makan makanan seperti donut dan sebagainya. Aku tak kasi. Jawapan aku memang tegas. Dan aku akan tanya semula pada mereka..
" Rasa rasa makanan ni bagus tak untuk perut kita ? ",
Mereka tahu tapi tetap mencuba nasib sebab mereka tergoda dengan warna dan lebih lagi sekarang ni , puasa kan ? Apa saja yang mereka pernah makan , mereka tahu sedap. Tapi sebenarnya keinginan tu cuma seketika saja. Bila kita dah berlalu dari situ.. takda dah rasa nak tu.
Aku bukanlah tegas sangat pun. Ada je aku benarkan seperti bila moreh. Jika ada makanan yang mereka tau takkan ada di rumah tapi dihidangkan di surau selepas Terawih, mereka bertanya pada aku dulu. Jika aku benarkan, baru mereka makan.. sekadar untuk rasa ! Gitulah..
" Daddy takkan hidup lama untuk jaga Qhaliff dan adik adik. Mati itu pasti tapi menjaga kesihatan itu adalah amanah kita. Kita sebenarnya bukan nak sangat pun makan tapi sebab lapar. Jika ada pilihan lain dan makanan tu lak lebih baik dari yang ni , kita makan yang lebih baik itu. Faham ? "
Banyak manfaatnya jika kita jaga kesihatannya. Kos perubatan pun sekarang bukan murah. Demam skit saja pun dah lebih dari RM50. Kalau kena penyakit berjangkit ? Abis satu keluarga kena ulang alik klinik. Hospital lak.. hurm... padat dengan macam macam pesakit sekarang ni.
Gitulah... Kalau nak makan , biarlah ianya berbaloi untuk tubuh badan. Bila dah sakit , perit... masa tu baru nak menyesal. Tak berguna dah. Terpaksa mencari dan mencuba pelbagai cara untuk kembali sihat.
Nikmati kehidupan dengan cara sihat... dan mendamaikan !
0 comments