Pengalaman kedua menjadi pembantu ' Tour Guide' tak bertauliah !

by - Sabtu, Januari 25, 2020

Hehehe... tugas aku cumalah melogkan segala aktiviti trip Health Tourism yang dikendalikan oleh NQ Services. Boss dia , Mr. Nasaruddin Mohein yang dah berpengalaman hampir 8 tahun dalam bidang ni. Tapi menurutnya , setiap trip akan berbeza beza jalan ceritanya. Itu yang menarik dan membuatkan dia ingin mengembangkan lagi bisnes dia ni ke satu tahap lagi... InshaAllah.

Trip kali ni , dari Tanjung Pinang , Indonesia melalui jalan laut. Sejujurnya , aku tak pernah berminat nak amik tau mengenai Indonesia sebab takda kaitan dengan aku. Yang aku tau pasal Indonesia ialah Jakarta , Bali, badminton dia power , kalau lawan bola..confirm gaduh dan juga gempa bumi serta gunung berapi ! Huhuh.. 

Tapi.. sejak aku ikut serta trip Health Tourism ni , mashaAllah... kerdilnya aku ! Indonesia ni terlalu menarik dan unik ! Samada orangnya , budaya , adat serta negaranya. Patutlah ramai rakyat Malaysia suka melancong ke sana walaupun tau kat sana ada pelbagai 'ancaman'. Tapi tidak menakutkan sama sekali mereka yang ingin ke sana. 

Ok.. Stikes Hang Tuah. Nah kau... nama Hang Tuah tu !! Apasal sampai ke sana nama Hang Tuah ? Itulah sejarah yang perlu diketahui kita terutama mereka yang berbangsa melayu. Sedikit info dari wikipedia ..




" Kota Tanjung Pinang merupakan ibu kota dari wilayah Kepulauan Riau, Indonesia. Dengan koordinat 0º5' Latitud Utara; 104º27' Longitud Timur. Bandar ini mempunyai pelbagai tarikan dengan beragam budaya suku dari hampir seluruh Indonesia , dengan bahasa Melayu yang masih kekal klasik, dan sedikit unik di telinga orang-orang luar, namun memiliki daya tarikan tersendiri. Bandar ini memiliki pelbagai tempat perlancongan seperti Pulau Penyengat yang hanya lebih kurang 2 mil batu dari pelabuhan Tanjung Pinang, pantai Trikora dengan pasir putihnya lebih kurang 65 km dari bandar dan pantai Cermin di pusat bandar. Tanjung Pinang dinaik taraf statusnya menjadi bandar dengan UU Nombor 5, Tahun 2001 pada 21 Jun 2001.

Terdapat pekan kecil lebih kurang 24 km dari bandar ini iaitu pekan Kijang.

Pelabuhan Tanjung Pinang (pelabuhan Sri Bintan Pura) menawarkan feri dan bot laju untuk akses domestik ke pulau Batam dan bandar bandar lain di tanah besar kepulauan Riau, kepulauan Karimun dan Kundur, serta akses antarabangsa ke negara Malaysia dan Singapura. "


4 hari bersama pelajar pelajar Stikes Hang Tuah , aku belajar macam macam. Dan yang pastinya , mereka bertutur dalam Bahasa Melayu...

You May Also Like

1 comments

  1. Hi Ben. Minta tolong guide. Saya berminat nak jadi tourist guide. But nak part time sahaja (weekend). Possible ke? Macam mana nak approach agensi agensi ni ye? Ada any website yang agensi pelancongan guna utk cari pekerja?

    BalasPadam