Masjid Zahir , aku pasti kembali !

by - Ahad, Januari 05, 2020



Berdiri di hadapan masjid yang awalnya bagi aku , sekadar sebuah masjid sehinggalah aku dimaklumkan bahawa masjid ini antara masjid tertua di dunia ! Aku cam... what ???? Aku nak masuk ke dalam masjid ni tak tak berkesempatan kerana terpaksa ikut jadual ketat yang telah diaturkan. Malah ketika azan Zohor berkumandang , kaki ni ringan je nak melangkah ke sana tapi semua peserta 'diarahkan' bersedia untuk pulang ke hotel selepas makan tengahari. Terkilan tapi tak pe.. aku akan kembali ke sini bersama keluarga aku. 

Apakah yang menarik sangat masjid ni ? Hurmm... Dimaklumkan sebelum Masjid Zahir ni dibina , tapak masjid ini adalah tapak bagi masjid  yang dibina pada tahun 1735. Menariknya , tapak masjid ini juga adalah makam dan juga kubur pahlawan Kedah yang gugur ketika serangan Siam di Kedah pada tahun 1821. 

Masjid Zahir diinspirasikan dari Masjid Azizi di Sumatera Utara yang ketika itu adalah masjid paling cantik di Nusantara. Masjid Zahir siap pada tahun 1915 yang mana telah memulakan pembinaannya pada tahun 1912. Masjid asalnya , telah dipindahkan ke Alor Merah. 

Nampaknya, jika aku kembali ke Alor Setar.. Masjid Zahir ni wajib aku singgah pada siang hari dan juga malam hari. Dan restoran Bamboo Cafe yang terletak diseberang jalan tu , akan aku singgah untuk makan tengahari ! Rindu pulak sotong telur masin dia. Huhuh.. Tom yam dia power ! 

You May Also Like

0 comments