Sebab tu aku anti kereta bercermin gelap ni !

by - Januari 14, 2020

Abis workout. Aku dapat 'arahan' dari wife untuk gi ke kedai runcit atau 7 Eleven. Dia kirim roti dan susu coklat. Terus aku 'set' otak aku nak ke mana. Dan dalam perjalanan ke sana , aku seperti biasa memandu ikut peraturan. Yelah , bawak Bezza aku tu mana leh laju sangat pun. Rasa cam nak tertanggal enjin je bila memecut. Huhuh.. 

Dan di satu batang jalan.. terperasan satu kereta ni. Memandu agak perlahan dan 'duduk' di satu posisi yang mana kau nak potong pon tak boleh. Bila aku kasi signal nak masuk ke lorong kiri , dia pun masuk ke lorong tu gak..tanpa kasi signal ! Ni aku geram ni. Kau dah nak potong tapi dia di depan tu tiba tiba masuk tanpa kasi signal ! 

Cermin gelap. Tak tau sapa bawak. Kalau orang tua , aku maafkan la.. Kalau orang muda ? Kau baru ada lesen ke apa ? Mana P  ? Perempuan ? Lelaki ? Apahal kau bawak macam siput babi je tu ? Di simpang traffic light , dia berhenti berhampiran aku. Sah sah dia boleh nampak aku tapi aku tak leh nampak dia ! Gelap kau ! Bayangkan jika dalam kereta tu ada ramai orang dan turun lalu serbu aku ? Fuh... dasat imaginasi. Tak pe.. tunggu berlaku pada anak menteri , baru sedar diri kot ?

Kemudian aku berusaha potong dia.. Geleng kepala.. Cam hanat bawak keta. Memang slow je dia bawak. Aku tengok cermin pandang belakang selepas berjaya potong dia. 



Selepas beli barang barang kat 7 Eleven , aku memandu pulang. Dan dalam perjalanan tu , ada sebuah mpv yang juga gelap gelita permandangan dia. Perlahan je dia pandu ! Adoi.. macam D7 punya van la pulakkkk !! Bahaya tul. Tak tau berapa ramai MPV tu dan apasal dia memandu perlahan macam tu ! Walhal boleh je dia pecut. Ketika tu jam dah menunjukkan 11 lebih malam. 


Kenapa aku bising ? Sebab kes pecah rumah sudah kembali di kawasan perumahan sekitar taman aku ni. Tu pasal aku bising ! Kalau kereta kereta ni masuk ke taman perumahan dengan cermin gelap... camana ? Nak tunggu ada kes baru nak buat kajian semula ? 

Kalau boleh... perbanyakkan roadbloack.. kasi saman je spesis kereta yang gini.. nak sangat lawa tapi menyusahkan orang ! Kenapa menyusahkan ? Cuba berhenti di satu simpang.. Kereta di sebelah kau tu... nak tengok kereta dari arah bertentangan pun payah ! Selalu berlaku pada aku. Geram weh ! Mengundang sumpah seranah jer.



You May Also Like

6 comments

  1. Masih melanda ya kes pecah rumah. Hmmm kawasan kejiranan kena lebih berhati2

    BalasPadam
  2. Tak pasal-pasal buat kita jadi marah..lagi satu ini memudahkan mereka buat salah tapi susah dikesan reaksi mereka dalam kenderaan.Lagi-lagi kalau bijak terlajak....guna no plat palsu..dah cermin gelap..susah nak cam..bila buat laporan no plat palsu pulak.

    BalasPadam
  3. serius, gelap sungguh cermin dia T_T

    BalasPadam
  4. Betul. Nak nak kalau terkena masa nak keluar simpang. Dah la potong barisan. Sepatutnya dia beratur di belakang. Tapi dia mai himpit ke kanan. Cermin pula gelap. Kita nak tengok kenderaan dari sebelah kanan tak nampak. Memang kena tunggu dia blah barulah dapat pastikan selamat ke tak nak tukar laluan.

    Berbeza dengan cermin tak gelap..kita masih boleh nampak melalui cermin tingkap dia.

    BalasPadam
  5. Tengah malam mcm tu lagi la gelap smpai x nampak apa2 pun.

    BalasPadam