BEN ASHAARI



Wawasan 2020..diilhamkan oleh Perdana Menteri , Tun Dr. Mahathir Mohammad pada tahun 1991. Ketika tu aku berumur 15 tahun.  Di tingkatan 3. Heheheee... Aku pasti sangat mereka yang sezaman dengan aku ketika tu , apa yang mereka angankan pada tahun 2020.  Kan kan ? Masing masing terbayangkan kereta terbang dan segalanya canggih manggih !

Perghhhh... kereta terbang. Dek kerana banyak sangat tengok tv la jadi gitu ! Maklumlah , kereta zaman tu yang canggih ialah kereta Knight Rider. Huhuhhh.. Tak sabar masing masing nak tunggu tahun 2020. Harap panjang umur untuk melihat keadaan di tahun 2020.



Alhamdulillah.. panjang umur aku. Dan beranak pinak pun ! Huhu.. 3 orang anak bersama seorang isteri. Heee... Dan apakah kecanggihan yang aku nampak di tahun 2020 ni ? Hurmmm.. Tiada kereta terbang. Yang ada cuma pemimpin pemimpin negara yang kaya raya ! Gaji jadi pemimpun membuatkan mereka kaya raya ? Huhu.. Entahlah.. jawab la sendiri di akhirat. 

Dan perbezaan di dua zaman ? 1990an dan di zaman 2020.. apa yang aku nampak ? Paling ketara ialah... TELEKOMUNIKASI dan KOMPUTER ! Bayangkan zaman tu handphone seperti botol air dan seberat bata ! Kalau baling anjing , mau lintang pukang dia lari haa ! Dan kemudian  telefon pintar berevolusi hingga menjadi ringan seringan ringannya ! Namun sekarang , kembali berat dek kerana kecanggihnya ! Dan yang menjadi kenyataan , telefon pintar berkamera canggih serta boleh melayari internet ! Tak perlu lagi pergi cyber cafe !

Alhamdulillah... banyak perubahan walaupun tiada kereta terbang. Aku rasa dunia tak perlukan kereta terbang. Dunia perlukan pemimpin yang benar benar utamakan rakyat mereka terutama di Malaysia ini ! 


Share
Tweet
Pin
Share
5 comments
Awalnya aku pergi sini selepas diberitahu akan kewujudannya oleh si Fairuz.  Sejujurnya , memang wow la bagi aku. Barang barang yang ada , cukup baru dan puashati. Sejam lebih dalam ni , memang merangkak nak balik rumah. Menurut boss kat sini , akan masuk banyak lagi barang selepas dirasmikan pada awal tahun 2020. 

2 minggu dah aku ke gym ni. Dan semalam , 27hb Disember 2019.. aku jadi ahli kat sini selepas membuat perkiraan untung rugi. Sebulan bayar RM110 jer. aku gi situ seminggu 5 kali. Aku bayar 'walk in' sebanyak RM10.  Aku dah jimat RM90 gitu. Lagi pun gym ni dekat sangat dengan rumah aku berbanding gym gym lain yang pernah aku pergi sebelum ni kecuali di Cheras tu la. Tu dekat sangat. Jalan kaki. Heee..

Antara sebab aku nak jadi ahli... layanan kat sini memang ok sangat. Bersih. Terurus. Tak perlu nak berebut barang. Melainkan ada gym member yang besar kepala... tu memang satu hal la !  Ada servis makanan sihat. Suppliment khas harga ahli yang banyak jimat. Parking depan gym jer.. Ni penting ! Hahaha.. Park dan masuk terus.

Bukan mudah untuk tarik aku jadi ahli sebenarnya. Sebab kat umah aku pun dah ada barang barang gym. Kiranya dah ada mini gym tapi aku masih nak ke sini. Kenapa ? Haaa... aku perlukan ruang untuk diri aku selepas penat jaga anak seharian. Di sini akan jumpa la kawan kawan yang sama minat. Tak da la aku terperuk dalam rumah. Dan aku tak suka nak melepak kat kedai mamak berbual santai sambil layan bola. Gi gym , lagi puas dan seronok. Bukan sebab nak sado pun... sekadar nak kasi peluh badan. 








Ok la kan  ?
Share
Tweet
Pin
Share
2 comments
Sedih. Baru plan nak review restoran ni. Nampak dari luar , tak menarik perhatian aku. Wife yang tertarik. Katanya macam best sebab nama dia cam gempak gitu. Ada hastag ! Awalnya aku nak makan di restoran nasi arab kegemaran aku. Di situ , mesra kanak kanak. Satu 'kemenangan' buat restoran tu ! Kau tackle kanak kanak , mak bapak akan selalu datang. Mudah kan ? 

Aku parking kereta di satu tempat. Tujuan aku , nak ke kedai gajet di situ. Nak beli kabel charger. Pastu dalam perjalanan kembali ke kereta , aku pandang restoran tu. Wife dah bersuara berminat. Kesian lak kalau aku tolak ajakan dia. 

Aku gi ke kereta dan ajak semua turun.  Wife tampak gembira. Dan berjalanlah ke restoran tu. Di luar aku perhatikan menu menu yang ada di dalam resotan tu. Western. Hurm... Boleh la.. Anak anak mesti nak layan makanan gitu di kala malam hari gini. Dan aku.. kelihatan burger begitu menyelerakan. 

Pintu ditarik. Cari tempat kosong. Agak ramai pelanggan. Ada satu meja panjang di bahagian dalam. Rasanya sesuai untuk aku sekeluarga. 5 orang  Kenapa nak meja panjang ? Sebab sah sorang sorang satu menu ! Masing masing kelaparan selepas menonton Jumanji di Alamanda. 

Duduk dan tak lama kemudian , diberi menu. Aku belek satu persatu. Semua kelihatan menarik. Dan aku jumpa apa aku nak. Harganya ? Fuh.... memang leh garu kepala gitu...Tapi tak kisah la. Aku niat nak support bisnes baru baru ni. Lagi pun dari gambar tu dah tau menu bukan sebarangan..





Aku keluarkan phone dan amik gambar satu satu. Mesti rakan rakan di Facebook dan Instagram berminat nak mencuba gak lepas tengok gambar dan menu menu yang ada ni. Tiba tiba datang seorang staff situ.. 

"Berapa orang ye?"

Wife aku jawab.

"5 orang."

Dia kata meja tu utk 8 orang.

Kami diminta tukar ke meja lain. Alasannya kenapa kami diminta tukar meja ialah  jika datang pelanggan utk 8 orang, mereka takda meja. Bukan ke kitorang dah datang dulu ? Dan lagi pun dah nak tutup pun ! Jam dah tunjuk 930 malam. Tutup jam 11 malam.

Aku nak tukar meja tapi wife tengok muka aku. Aku faham apa maksud dia. Anak anak dah tunjuk nak makan apa.. Zahra dah tertarik dah dengan satu menu tu ! Sian dia.

Nak kena paham.. Budak budak dah selesa duduk. Jika ubah tempat, sah sah si kecik akan nangis nak duduk tempat asal yang lebih luas dan selesa berbanding meja yang dicadangkan. Agak duduk berhimpit dan kecil sedikit.

Terus aku bangun.. Wife pun. Aku dukung Aariz dan keluar dari situ. Mati nafsu nak makan situ. Zahra dah menangis. Aku tau  dia bukan nak makan sangat tapi kepenatan.. Aku sendiri kepenatan dan kelaparan. Dah duduk,, set kepala otak nak order.. Kena ubah tempat semata mata nak kasi tempat tu pada pelanggan yang datang lebih ramai dari kami yang mana belum tentu datang pon  Bukan ada tulis RESERVE kat atas tu. Haih.. 

Kali pertama dan terakhir aku masuk situ! Sayang.. Menu dah nampak menarik..

Terus ke Ayer @ 8 . Cuba restoran baru di situ. Dan Alhamdulillah... berbaloi ! Dan jimat banyak sangat ! InshaAllah ni kedai yang aku cari jika ke area sini selain restoran Ore Kampung di sebelah siang hari.

Dan restoran tadi tu, aku rasa layak untuk mereka yang bukan biasyer biasyer jer !


Share
Tweet
Pin
Share
14 comments
Aku dah beberapa kali update mengenainya di media sosial. Ramai dah kawan kawan pergi. Mereka berpuashati ! Dan baru baru ni , ada sorang kenalan di Instagram aku update. Kawan ni bukan jenis follow pun apa yang aku promote secara terang terangan. Mereka jenis akan survey dan check dulu. Spesisi bukan buta tuli main nak follow ! Haaa , aku suka jenis ni. Diorang nilai terlebih dahulu dan buat keputusan kemudian.

Dan aku terasa amat gembira bila baca testimoni dia di IG milik dia. Aku tak tau pun dia pergi. Tapi bila membaca komen positif dari dia , aku terasa lega la.. Berbaloi la aku promote !

Baca komen komen di bawah.



Aku akan pergi minggu ni untuk tukar tayar. Pastu akan balik kampung. Baru berani nak jalan jauh. Confident gitu. Kalau tidak , memang tak berani la nak jalan jauh dengan kondisi tayar kereta aku tu. Huhuh.. Alang alang tukar semua sebab murah kauuuu ! Kalau tak , sebelum ni cecah RM1K la gak nak tukar termasuk servis. Hurmm... Ni promosi hujung tahun , servis balancing free jer.. Haa ! Tak ke jimat gitu ! 

Kalau nak tau promosi apa yang ada di Supremo ni , follow jer Instagram dia di Supremo Service . Korang gi , cakap je follower Ben Ashaari. InshaAllah dapat harga baek punya ! 
Share
Tweet
Pin
Share
1 comments
Musim persekolahan bakal kembali . Tak lama dah pun. Bagi yang masuk ke Tahun 1 , mesti dah mula pening kan ? Hehehe.. Tak pe , tak pe.. semua ni pengalaman jer.. Satu hari nanti , pasti akan merindui kenangan ni.

Tapi..tapi... apakah korang pernah test mata anak korang ? Haaaa... Kenapa perlu test ? Yeargh... disebabkan gajet ! Ramai anak anak bermasalah dengan mata. Apa jadi bila mereka bermasalah dengan mata ? Di sekolah , mereka tak sedar..yang mereka tak nampak. Bila tak nampak , apa kesannya ? Mereka tak boleh nak belajar dan seterusnya membuatkan mereka hilang tumpuan dan mula tercicir. 

Jangan pandang ringan bab ni. Aku sendiri pakai cermin mata di usia 7 tahun. Kenapa ? Zaman tu , gajet takda pun. Aku bukan kaki tengok tv pun ! Tapi kenapa aku pakai cermin mata ? Sebab aku suka membaca buku cerita di malam hari , di dalam bilik dengan menggunakan lampu suluh ! Kesannya, aku tak nampak di dalam kelas. Dan terpaksa pakai spek. 

Mahal ? Tak pun... Sekarang ni ada banyak pilihan kedai cermin mata dah. Kena pandai cari jer. Kalau tak pandai , memang terduduk la kena sembelih ! Huhuh.. Aku sendiri pun penah banyak kali. Akhirnya , aku dah tau kedai spek mana aku patut pergi. Senang. Bagitau jer apa masalah dan bajet aku, zass ! Tak sampai sejam , siap. Kalau tidak , mau berminggu minggu baru nak siap. Haishh ! 

Tips untuk memilih bingkai dan cermin ,jangan risau ! Korang boleh baca mengenainya di MyHealth. Dan kalau korang nak kedai yang aku bagus , aku leh rekemenkan !

Jangan lupa baca : Cermin Mata Murah

Bawa gi buat pemeriksaan mata. Macam Qhaliff ari tu aku bawak dia check... dia dah ada tanda tanda. Hurm.... Tapi mereka nasihatkan  untuk pakai pun lagi spek.. Lega la dengar.






Kad jaminan. 

Eyes Vision Group

Alamat : Ground Floor G-096, Sungai Wang Plaza, Plaza Bukit Bintang, 55100, Kuala Lumpur
No tel : 0163636464
Waktu Perniagaan: 11pagi - 9 malam ( Setiap Hari)
Follow Instagram : Eyes Vision Group
Facebook :  Eyes Vision Group
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

Blog Stats

Blog Archive

  • ▼  2025 (59)
    • ▼  November 2025 (2)
      • Rupa rupanya sebab ini diorang pakai seluar ketat ...
      • Ketagihan kopi dan gula ? Nak ganti apa ?
    • ►  Oktober 2025 (2)
    • ►  September 2025 (5)
    • ►  Ogos 2025 (3)
    • ►  Julai 2025 (6)
    • ►  Jun 2025 (4)
    • ►  Mei 2025 (5)
    • ►  April 2025 (5)
    • ►  Mac 2025 (8)
    • ►  Februari 2025 (10)
    • ►  Januari 2025 (9)
  • ►  2024 (170)
    • ►  Disember 2024 (9)
    • ►  November 2024 (11)
    • ►  Oktober 2024 (13)
    • ►  September 2024 (10)
    • ►  Ogos 2024 (15)
    • ►  Julai 2024 (20)
    • ►  Jun 2024 (16)
    • ►  Mei 2024 (22)
    • ►  April 2024 (16)
    • ►  Mac 2024 (14)
    • ►  Februari 2024 (10)
    • ►  Januari 2024 (14)
  • ►  2023 (174)
    • ►  Disember 2023 (12)
    • ►  November 2023 (14)
    • ►  Oktober 2023 (16)
    • ►  September 2023 (13)
    • ►  Ogos 2023 (17)
    • ►  Julai 2023 (16)
    • ►  Jun 2023 (17)
    • ►  Mei 2023 (14)
    • ►  April 2023 (10)
    • ►  Mac 2023 (18)
    • ►  Februari 2023 (13)
    • ►  Januari 2023 (14)
  • ►  2022 (182)
    • ►  Disember 2022 (22)
    • ►  November 2022 (9)
    • ►  Oktober 2022 (12)
    • ►  September 2022 (9)
    • ►  Ogos 2022 (11)
    • ►  Julai 2022 (10)
    • ►  Jun 2022 (10)
    • ►  Mei 2022 (13)
    • ►  April 2022 (14)
    • ►  Mac 2022 (21)
    • ►  Februari 2022 (21)
    • ►  Januari 2022 (30)
  • ►  2021 (389)
    • ►  Disember 2021 (26)
    • ►  November 2021 (23)
    • ►  Oktober 2021 (23)
    • ►  September 2021 (26)
    • ►  Ogos 2021 (26)
    • ►  Julai 2021 (29)
    • ►  Jun 2021 (27)
    • ►  Mei 2021 (30)
    • ►  April 2021 (36)
    • ►  Mac 2021 (56)
    • ►  Februari 2021 (42)
    • ►  Januari 2021 (45)
  • ►  2020 (329)
    • ►  Disember 2020 (39)
    • ►  November 2020 (36)
    • ►  Oktober 2020 (28)
    • ►  September 2020 (29)
    • ►  Ogos 2020 (36)
    • ►  Julai 2020 (24)
    • ►  Jun 2020 (30)
    • ►  Mei 2020 (28)
    • ►  April 2020 (23)
    • ►  Mac 2020 (23)
    • ►  Februari 2020 (18)
    • ►  Januari 2020 (15)
  • ►  2019 (407)
    • ►  Disember 2019 (22)
    • ►  November 2019 (30)
    • ►  Oktober 2019 (44)
    • ►  September 2019 (34)
    • ►  Ogos 2019 (48)
    • ►  Julai 2019 (27)
    • ►  Jun 2019 (30)
    • ►  Mei 2019 (42)
    • ►  April 2019 (37)
    • ►  Mac 2019 (43)
    • ►  Februari 2019 (25)
    • ►  Januari 2019 (25)
  • ►  2018 (420)
    • ►  Disember 2018 (24)
    • ►  November 2018 (32)
    • ►  Oktober 2018 (32)
    • ►  September 2018 (36)
    • ►  Ogos 2018 (29)
    • ►  Julai 2018 (30)
    • ►  Jun 2018 (38)
    • ►  Mei 2018 (38)
    • ►  April 2018 (46)
    • ►  Mac 2018 (36)
    • ►  Februari 2018 (33)
    • ►  Januari 2018 (46)
  • ►  2017 (648)
    • ►  Disember 2017 (47)
    • ►  November 2017 (44)
    • ►  Oktober 2017 (49)
    • ►  September 2017 (51)
    • ►  Ogos 2017 (56)
    • ►  Julai 2017 (46)
    • ►  Jun 2017 (47)
    • ►  Mei 2017 (58)
    • ►  April 2017 (75)
    • ►  Mac 2017 (80)
    • ►  Februari 2017 (49)
    • ►  Januari 2017 (46)
  • ►  2016 (788)
    • ►  Disember 2016 (57)
    • ►  November 2016 (65)
    • ►  Oktober 2016 (77)
    • ►  September 2016 (64)
    • ►  Ogos 2016 (75)
    • ►  Julai 2016 (80)
    • ►  Jun 2016 (69)
    • ►  Mei 2016 (58)
    • ►  April 2016 (58)
    • ►  Mac 2016 (68)
    • ►  Februari 2016 (50)
    • ►  Januari 2016 (67)
  • ►  2015 (1019)
    • ►  Disember 2015 (68)
    • ►  November 2015 (78)
    • ►  Oktober 2015 (66)
    • ►  September 2015 (57)
    • ►  Ogos 2015 (63)
    • ►  Julai 2015 (86)
    • ►  Jun 2015 (89)
    • ►  Mei 2015 (105)
    • ►  April 2015 (91)
    • ►  Mac 2015 (104)
    • ►  Februari 2015 (104)
    • ►  Januari 2015 (108)
  • ►  2014 (1504)
    • ►  Disember 2014 (130)
    • ►  November 2014 (119)
    • ►  Oktober 2014 (137)
    • ►  September 2014 (121)
    • ►  Ogos 2014 (119)
    • ►  Julai 2014 (103)
    • ►  Jun 2014 (104)
    • ►  Mei 2014 (106)
    • ►  April 2014 (121)
    • ►  Mac 2014 (132)
    • ►  Februari 2014 (139)
    • ►  Januari 2014 (173)
  • ►  2013 (2151)
    • ►  Disember 2013 (169)
    • ►  November 2013 (180)
    • ►  Oktober 2013 (160)
    • ►  September 2013 (138)
    • ►  Ogos 2013 (182)
    • ►  Julai 2013 (220)
    • ►  Jun 2013 (199)
    • ►  Mei 2013 (186)
    • ►  April 2013 (149)
    • ►  Mac 2013 (184)
    • ►  Februari 2013 (188)
    • ►  Januari 2013 (196)
  • ►  2012 (2986)
    • ►  Disember 2012 (194)
    • ►  November 2012 (211)
    • ►  Oktober 2012 (285)
    • ►  September 2012 (260)
    • ►  Ogos 2012 (210)
    • ►  Julai 2012 (239)
    • ►  Jun 2012 (220)
    • ►  Mei 2012 (281)
    • ►  April 2012 (240)
    • ►  Mac 2012 (299)
    • ►  Februari 2012 (283)
    • ►  Januari 2012 (264)
  • ►  2011 (4967)
    • ►  Disember 2011 (303)
    • ►  November 2011 (299)
    • ►  Oktober 2011 (418)
    • ►  September 2011 (390)
    • ►  Ogos 2011 (350)
    • ►  Julai 2011 (396)
    • ►  Jun 2011 (424)
    • ►  Mei 2011 (424)
    • ►  April 2011 (481)
    • ►  Mac 2011 (483)
    • ►  Februari 2011 (489)
    • ►  Januari 2011 (510)
  • ►  2010 (4406)
    • ►  Disember 2010 (559)
    • ►  November 2010 (502)
    • ►  Oktober 2010 (453)
    • ►  September 2010 (387)
    • ►  Ogos 2010 (389)
    • ►  Julai 2010 (429)
    • ►  Jun 2010 (439)
    • ►  Mei 2010 (416)
    • ►  April 2010 (473)
    • ►  Mac 2010 (202)
    • ►  Februari 2010 (89)
    • ►  Januari 2010 (68)
  • ►  2009 (167)
    • ►  Disember 2009 (52)
    • ►  November 2009 (27)
    • ►  Oktober 2009 (67)
    • ►  September 2009 (21)

Kelab Blogger BenAshaari

Kelab Blogger BenAshaari

Created with by ThemeXpose | Copy Blogger Themes