Korang masih gagal turunkan berat badan ?

by - Selasa, April 02, 2024


 Dah masuk Ramadan 22. Alhamdulillah , berat badan sebelum berbuka 79kg dibawah paras laut ! Heee.. Lepas berbuka , jadi 81+ gitu la. Tak banyak naik. Banyak masuk cecair jer. Makanan pepejal yang masuk pun biasanya sayur , telur rebus atau telur goreng dan juga ayam mahupun ikan. Setiap hari kena ada protein dan fiber. Karbohidrat ? Kalau ada kuih akok , aku makan. Yang lain lain , gagal menarik nafsu aku walaupun kelihatan menarik. Dan bazar Ramadhan , aku masih belum singgah. Takda apa nak dibeli di sana. 

Apasal aku beria sangat nak jaga badan ni ? Nak masuk pertandingan ke ? Takda pun ! Sebenarnya aku lebih suka nak korang amik cakna yang sebenarnya jaga badan ni bagus terutama untuk kesihatan. Jangan ingat nak jaga badan ni sekadar nak tayang badan ! Abis tu.. yang boroi boroi tu tak tayang perut ke ? Haaaa.. tayang gak kan walaupun pakai baju ! Kan kan ? Hahahaa.. 

Manfaat berotot ni banyak dari sudut kesihatan .Korang boleh cari sendiri melalui platform media sosial. Kenapa aku suruh cari sendiri ??? Aku tahu korang malas ! Nak aku cerita semua kan ? Bila korang cari sendiri.. korang akan jumpa macam macam infomasi yang sangat menarik mengenai pemakanan dan tubuh badan kita. Secara tidak langsung , kita akan terkesn dan seterusnya ubah gaya hidup kita dan juga keluarga ! 

Betul.. nak betulkan pemakanan ni susah terutama melibatkan keluarga. Mereka lebih berpegang kepada prinsip 'makanlah secara sederhana ' atau ' bukan selalu pun' ! Tapi jika makanan yang dimasukkan tu berkhasiat , tak pe la. Kalau sekadar beri kesan buruk pada tubuh badan, camana ? Sapa nak bertanggungjawab ? 

Kesan bukanlah kita nampak hari ni atau esok hari tapi makan tahun. Sebab tu orang dulu dulu kata.. nanti kau tua , kau tahulah ! Benar ! Bila sakit di hujung usia ni , kita akan susahkan anak anak. Diorang nak jaga kita lak walhal diorang ada banyak urusan kehidupan dunia untuk diuruskan. Tak pasal pasal nak uruskan kita yang sendiri cari penyakit ketika muda dulu. 

Tak susah pun sebenarnya nak ubah cara hidup kita. Antara kita berminat nak ubah atau nak  teruskan. Mula mula tengoklah cermin. Kita perlukan pakaian cantik untuk menutuk fizikal kita ! Kan ? Macam aku sekarang ni.. cari baju RM10 pun ok dah. Asalkan ada warna dan gambar tak pun kosong jer. Baju tu dah melekat elok kat tubuh badan. Selesa nak bergerak. Kalau nak tunjuk badan , bukak baju je. Hahaha.. Tapi bini tak kasi ! 

Camana aku berjaya turunkan berat badan yang mana dulu adalah satu menda yang cukup payah dan mustahil ! Pertama sekali kita kena tahu... apakah punca kita naik berat badan ? Ramai yang akan kata sebab suka makan ! Sebenarnya ramai yang stress ! Stress sangat bahaya. Kena kawal stress kita dengan amalkan rehat yang cukup. Jauhi media sosial tapi jangan sesekali jauhi blog aku ni. Haa.. rugi ! Macam macam aku cerita dah dalam ni sekarang ni. Takda dah segmen segmen macam dulu dulu. Hahaha.. 

Kedua.. pemakanan. Waktu kita makan , sangat penting. Apa yang dimakan juga sangat penting. Kena cari makanan yang boleh meningkat metabolisma badan seterusnya membantu pembakaran lemak.  Elakkan makan berat selepas jam 8 malam. Kalau puasa tu, kiranya berbuka tu makan berat ok dah. Tapi janganlah melantak seperti setahun tak jumpa makanan. Ingatlah.. kita tak perlu makan sampai kenyang pun ! Makanlah sekadar untuk dapatkan nutrisi dan khasiat. InshaAllah akan cukup. 



Amalkan air halia setiap hari untuk kesihatan perut. Perut sihat , badan pun sihat ! Apa jadi jika perut sakit ? Automatik akan sakit seluruh badan kan ? Demam.. sakit kepala.. takda tenaga. Rasa malas jer ! Sebab tu perut tu penting ! 

Dan akhirnya tips mudah.. bersenam ! Pagi pagi tu , lepas sahur.. gi la solat berjemaah kat surau atau masjid. Jalan kaki ! Bakar sedikit kalori yang masuk sebelum tu. Otot tu kena senantiasa digerakkan. Jika tidak , kita akan duduk dalam kereta atau motor untuk satu jangka masa yang panjang. Pastu bila sampai pejabat.. dah duduk lagi ! Otot kena digunakan senantiasa. Barulah tak jadi lemak lemak tepu dalam badan kita terutama di perut. 

Dah terlambat ? Raya tak lama lagi ? Janganlah fokus untuk raya. Fokuslah untuk kesihatan yang berpanjangan... Kos rawatan sekarang mahal. Kos ubat.. dengan cukai lagi ! Lebih baik guna duit tu untuk makan makanan berkhasiat dan juga sedap ! Ayam golek sedap pe ??? 

You May Also Like

0 comments